Tuesday, November 30, 2010

intubasi nasal avu

atas permintaan Encik Mohd Sofuan (hambik kauuu, nama penuh aku letak) sila la layan video ni untuk exam sok...

Eh?

Apa?

Tak dengar, ulang lagi sekali leh?

Owhh.

SAMA-SAMA!




Itu jela yang mampu aku update rini, dalam kepala otak banyak nak tulis, tapi aku asik rasa mual, pening kepala ngan nak demam duk dalam bilik ni.

Aku rasa ada masalah dengan renovation umah ni, maybe ada gas carbon monoxide kut bocor (dan dan je buat conclusion). Sebab tengok Royal Pains ritu, ada budak ni, mengalami keluhan yang sama sebab keracunan ni dan umah ayah dia sedang direnovate. And aku jugak feeling much better lepas muntah.

Penat weh.




supikgf: apa-apa jela kan, ntah ye ke tak assumption aku

Monday, November 29, 2010

3 doktor muda tak berpengalaman buat EKG

EKG = Elektrokardiografi or ECG = electrocardiography

Kalau rasa-rasa bosan tak tahu nak tengok ape, boleh la try click play video ni. Sound quality memang tak dengar pon apa yang bermanfaat kecuali suara latar orang yang tolong merakam, thanks to Aiman.

Boleh la korang tengok betapa gelabah dan main bantai je kitorang buat tu, nasib OP lena je kan dalam mimpi indah. Eh, indah ke? Hahaha.



body languanges and eye contact = turn kau lak



sebut jela apa yang nampak

Lagi 1 video, part yang dari awal sampai kuar result ECG tak dapat nak upload (padahal aku bengang sebab lama gila da tunggu tak abes jugak, makanya aku cancel).

So, inilah sikit sebanyak gelagat kitorang during classes.

Enjoy



supikgf: bila nak buat PR (pekerjaan rumah / homework) interpret hasil ECG, haih

Saturday, November 27, 2010

not ordinary Saturday

Hari sabtu ni lah nak belasah tido sampai tengahari kan, da penat (lah sangat) ke class dan study (konon) dari isnin sampai la jumaat. Umi aku dulu kalu aku bangun tengahari dia akan cakap

"bangun-bangun lah, orang naik bulan pon da balik ni"

Exaggerate je umi aku. Ingat pergi bulan pukul 6 pagi, pukul 12 da sampai bumi balik. Sebab aku tau itu tak mungkin maka, kata-kata beliau tidak ada kesan, sambung layan setan bergayut kat mata sampai rasa-rasa lapar. Baru bangun cari makanan.

Kadang-kadang jela, ntah mimpi apa malam tu, aku bangun awal. (Padahal kena paksa hanta adik gi sekolah ke or ada pape nak buat pagi-pagi)

Kalau gaya abah aku kejut, gini pulak, nak-nak kalu baru balik cuti dari asrama kan, tido memang tak ingat dunia dah.

"Puteri Santubong, Puteri Sejenjang tak nak bangun lagi ke?"

Aku suka. Aku suka.

Pagi-pagi lagi da ada orang panggil kau puteri kan. Hahaha.

Puteri Santubong = aku
Puteri Sejenjang = kakak aku

Kenapa Puteri Santubong dengan Puteri Sejenjang? Aku pon tak tahu. Nak kata sebab duk Sarawak, tak.

Maybe if nak sebut 'Cik Siti Wan Kembang', panjangggggggg kali.

Dan Cik Siti Wan Kembang takda adik beradik lain, jadi tak sesuai untuk aku dan kakak aku.

Jadi hari ni, tak macam hari-hari lain (usually aku landing je atas katil, nak bergerak pon malas).
Tapi sebab aku rasa bilik aku da macam kapal pecah, maka aku tiba-tiba dapat mood rajin mengemas segala siap mengemop!

Mop okay. Pelik lah untuk orang malas cam aku, maybe biasa untuk anda-anda yang memang rajin mengemop lantai setiap hari.

Pastu hari ni menu ikan bawal pedas dengan kacang buncis goreng. Lunch la konon, padahal makan da nak pukul 3.30 (waktu Malaysia).

Dan hari ini, tengah makan dapat gossip yang mengejutkan sekali lagi, tapi terkejut sangat actually sebab memang da expected da.


tak kuasa aku nak tido pakai dress, makeup, wat rambut cecantik segala



supikgf: jadi ke tak plan ni?

Friday, November 26, 2010

physical examination : last part dan kisah misteri menggulung

26 November : ekstramitas (extremities) /tangan dan kaki

Hari ni OP xyah bukak baju macam nak periksa thorax dan abdomen, cukup gulung lengan baju sampai bahu dan seluar sampai lutut, jangan nak lebih-lebih, tak etis!

Aktiviti hari ni, banyak memicit-micit dan gerakan da gaya macam instruktur senam pon ada, seb baik pakai snelli (white coat), kalu tak kompom boleh tertukar dengan Jillian Micheals, alah trainer Biggest Loser tu. Korang tengok tak? Tak? Makanya, tak slim macam aku. Hahaha.

Okeh lah, nampaknya ada ramai yang tertanya-tanya dan penasaran (ambik kau ayat) pasal Dr. Tabitha dan kisah menggulung kapas beliau. Ada yang tak percaya dan sanggup menggintip (siapa lagi kalau bukan group sebelah aku kan, si Ikin, Aiman terutama si Sofuan). Boleh dikatakan every 5 minutes tanya aku, " da belum?"

Ni ha, exclusive lagi sekali aku paparkan kat blog aku, perhati la betul-betul

mula-mula, ambik kapas

nampak tak kapas tu? Abaikan 2 orang tu takde kena mengena ngan proses menggulung

gulung time!


Antara kegiatan yang tidak wajar dicontohi semasa menunggu giliran:

bergambar tanpa motif dan bukan untuk tujuan pendidikan

berpacaran (contoh gambar)

Pelajar contoh yang sedang mengulang kaji walaupun tak sampai turn beliau lagi, sila contohi.

hahaha


Okay, jom periksa OP

inspection

time-time ni la kan Erika kau nak tanya aku

palpation "ada nyeri ngak mas?"

check rigiditas/kekakuan sendi + kekuatan otot

patella reflex

achilles reflex

Lepas tu, battery BB mati. Tak dapat aku nak tunjuk pemeriksaan ala senam kat korang.
Oh, jangan lupe, bila da abes periksa, cakap...

Terima kasih mas/pak, pemeriksaan sudai selesai. Bajunya bisa dirapikan kembali.



supikgf: teknik ketuk (percussion) aku semakin membaik, ada peningkatan! yeay

Thursday, November 25, 2010

Selamat pagi pak/mas, saya dokter muda Norhafiza..

...saya dokter yang bertugas hari ini, dan sekarang kita akan melakukan pemeriksaan bahagian perut bapak. Minta bajunya di lepas dan silakan berbaring.

(sambil meminta pasien aka patient menekuk lutut, ajak berbicara)

Bapak sudah makan?
Makannya jam berapa?
Sudah BAK (buang air kecil)?
Ada nyeri ngak di perut pak?

(kemudian buatlah pemeriksaan)

yang penting gaya wajib ada

ini bukan lakonan, memang aku tengah betul-betul periksa,
oh, thanks to Eva,
very kind of her to lend me her watch coz i dont have one
(me doing auscultation of peristaltic)

ketuk jangan tak ketuk (perkusi)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

dan ini adalah Dr. Tabitha, dokter pembimbing group kitorang yang suka menggulung kapas bila dia da bosan.


Awal-awal dia duk perhati kau buat kat sebelah, bila da masuk orang ke 3, 4, dia akan pergi ambik kapas gulung.

Ervan pon ikut join menggulung. Nak kipas ke pe?




supikgf: aku asik jadi orang last yang wat, dosen bosan, OP bosan, aku lagi la bosan!

ketuk ketuk

Sekarang ni minggu ke-.... er,berapa eh?

Jap, jap kire lu..

mikro/parasit/pk - 2minggu
anak - 2 minggu
psikiatri/neuro - 2 minggu
bedah - 2 minggu

Sekarang da minggu ke-9 KKD, stase IPD, ilmu penyakit dalam or dalam bahasa inggeris nya internal.

Dokter yang handle stase ni (sesi pagi) Dr. Matta dan Dr. Tabita (ejaan sangat tak sure betul ke tidak, semoga tidak mempengaruhi markah kalau salah). Dua-dua baik, cuma Dr. Matta jauh lebih muda dan suara beliau jauh lebih kuat dari Dr. Tabita yang pegang group aku, maka awal-awal class aku cam dengar suara Dr. Matta je eventho yang duk depan aku Dr. Tabita. Dala cam ngantuk-ngantuk kan, sakit belakang pulak tuh, dokter cakap ala-ala sentimental lak kan, memang lengkap pakej. Rasa nak landing je atas kerusi/meja OP tuh.

Perjalanan stase IPD selama 3 hari ini:

1st day : anamnesis/history taking
2nd day : pemeriksaan fisik (fizik/physical examination) dari keadaan umum, tanda vital, kepala dan leher.
3rd day : pemeriksaan fisik thoraks

Nampak je cam pendek THORAKS, tapi mak kauuu, bila tengok dan buat satu-satu panjang nak mati. Dala waktu terbatas, dokter pulak dekat 1juta kali ulang, which is memang la bagus bagi aku mengingat kan, tapi da banyak2 kali, aku bosan (oh, tanda2 manusia sombong).

Tapi terima kasih dokter, ulang banyak kali sampai saya bosan maka saya macam da terhafal da.

Yang paling takleh lupa hari ni, bila kena buat perkusi (percussion) kat dinding dada OP (orang percubaan). Tapi bukan sebarang ketuk okay, ada teknik-teknik, dan nak kena pulak kuat, so barulah berbunyi, sebab bunyi tu lain tempat lain bunyi nya, kena bezakan nanti bunyi-bunyi tu sebab nak tentukan ada apa kat situ.

Aku rasa, teknik aku da ada, cuma tak kuat, still kena praktis lagi kasi mantap biar dokter duk 10meter pon da dengar aku perkusi, bukan cam tadi, aku sendiri pon tak berapa nak dengar, apetah lagi nak bezakan bunyi tuh kan.

Ni contoh camne nak ketuk :

eh, nape orang ni ketuk pakai tangan kiri, suppose tangan kanan

Berkat duk mengetuk dinding dada (di sela tulang iga tepatnya), maka aku telah menghadiahkan memar/hematom pada ruas pertama jari tengah kiri. Setengah orang panggil 'pecah darah'. Eh, ke aku je?

Tu gaya da potong kuku tuh, cuba kalu kuku tak potong seminggu, mau berdarah ha. Tapi da memar segala, tetap masih tak berapa dengar jugak aku ketuk.

Arghhhhh.

Stress.

Bertambah stress sebab sakit belakang dan bontot duk atas kerusi kayu takda sandar lak.


Lebih kurang macam ni, cuma tak fancy macam ni okay. Ala, macam kerusi kayu kat lab sekolah tu, yang bulat, kaki empat tuh, haaaa, yang tu lah, try korang duduk tak bangun-bangun direct 4 jam, pe korang rasa?



Alangkah bahagia nya kalau dapat kerusi macam ini. Panggggg, berangan jelah oi.



supikgf: siap aku balik cuti bulan 12 ni, orang-orang di rumah bersedia la menjadi OP ku

Tuesday, November 23, 2010

once upon a time...

Aku baru tau ada citer katun lama yang diperbaharui kuar, Rapunzel diberi tajuk Tangled. Aku suka Rapunzel. Kalu nak compare dengan princess-princess Disney yang lain seperti Cinderella, Snow White or Princess Jasmine, aku suka Rapunzel sebab rambut dia. Boleh tak?

Tapi aku tengok iklan kat tv tadi, cam kali ni lain sikit, not the typical fairytale story. Yelah, kalu asik same je, mesti la orang bosan, balik-nalik jalan cerita sama je, so this time cam kasi twist sikit la kan. Apa-apa pun, kalu nak tau camne jalan cerita meh la kita sama-sama mendownload. More pasal movie ni leh usha kat sini.

Bila cakap pasal Rapunzel ni, aku teringat 5 years back, masa tuh aku form 5. Oh, bukan nak citer pasal SPM, even sekarang musim SPM. Kisahnya begini...

Time aku kat mrsm dulu, Biro Puteri (ke biro apa?) kitorang wat Hari Puteri, actually ni cam annual activity untuk pelajar perempuan sahaja, obviously Hari Puteri kut. So, satu hari ni, satu hall mrsm kitorang di-cover oleh kertas surat khabar untuk mengelak pelajar-pelajar lelaki yang hormon tengah menggelegak time tuh mengintai, apakah yang kitorang wat dalam tu?

So, sebab da cover, maka kami semua leh bebas nak freehair or nak pakai papa sekali pun, time ni la kan kau nak sarung mini skirt ngan bra je lam tuh, haha. Ops, itu bukan aku yang pasti. And ada la severals activities dan pertandingan. Pendekkan cerita, salah satunya tu, macam fashion show/catwalk lah konon, last year senior kitorang wat bridal theme, so kitorang (bukan aku, ajk lah) wat tema fairytale.

Adakah aku da cakap pertandingan ni hanya leh di-join oleh senior? Ye, memang diskriminasi. Huahuahua. Tahun lepas (2004) melopong je kan tengok senior, tahun ni kita balas dendam, kasi keluar semua. Juniors masuk part-part kurang best and performance cukup lah. Tak leh kasi lebih, kang pijak kepala.

Sebab theme nya adalah fairytale, maka budak-budak class aku pilih Rapunzel. So, nak kena adalah pulak model nya kan, mula-mula budak paling cun class aku, Iss yang jadi, pastu tetiba ntah mimpi apa, diorang suh aku jadi dengan alasan aku tak berapa malu nak wat gaya-gaya. Aiseh, kecewa tul, ingat terpilih sebab cun, hahaha. Lempang diri sendiri.

Oh, syaratnya kau kena buat dress tuh dengan barang-barang yang ada kat asrama. Ada satu class ni siap sewa kauuu, memang cun lah, dress dan tuannya, namun sebab tak penuhi syarat, tak menang. Siapa menang? Sat lah

Bahan-bahan dress Rapunzel aku

  1. Tudung putih
  2. Tudung putih lagi
  3. Tudung putih lagi?
  4. Ye, Tudung putih lagi
  5. Kesimpulannya, ntah berapa helai tudung putih sampai jadi bahagian skirt dress aku, kudos to momok dan neeto dan juga dak class aku yang sangat geliga otaknya
  6. Suar pendek aku wat tido (selit dan pin je tudung kat suar, bijak bukan?)
  7. Singlet putih sebagai top
  8. Beberapa helai tudung hitam yang digulung untuk jadi rambut Rapunzel (aku tau dia blonde, tapi ni kan versi melayu)

Hasil tangan girls 5 Jahiz 05, maka siaplah dress aku yang dirancang pagi pertandingan tu jugak, dala tuan puteri bangun lambat, kesian designer berasap je tunggu tuan puteri bersiram segala.

Opkos la tak pakai dari asrama, kau gila, pakai camtu pastu jalan rentas padang nak gi hall, mau keluar semua bijik mata pelajar lelaki mrsm aku. So, bersiap-siaplah dalam hall, ala, cam model catwalk la kan, main bukak je baju. Exagerate. Da siap pakai dress hostel-made, make up pulak. Zaman dulu-dulu bukan macam sekarang make kit aja da 3 kan, dulu lip bam je tuh pon nasib ada. Apa lagi, junior kat sebelah elok je kan pegang alat mekap, bak sini kau, aku nak guna. Time ni la kita guna power sebagai senior.

Make up kurang lebih, ntah apa rupa aku tak tau, langsung da nak start da ni. Pastu yang tak tahan nya, lepas catwalk and tengah berbaris atas stage (ala-ala Miss World) aku tak perasan pon salah satu tudung (yang jadi dress aku) da tercabut, kelam kabut la designer kan., oter time tu jugak. Seb baik aku pakai short kat dalam, takde la jadi swimsuit session tak pasal-pasal kan.

Setiap fairytale mesti la Happy Ending kan, begitulah juga kisal Rapunzel aku, sebab aku menang! Yeay! Sambil mengibas-ngibas rambut tanda bangga.


Tapi untuk orang lain, tak happy ending la.


sebijik camni ha rambut (dibuat dari tudung) aku time tu cuma kaler hitam


Oh, gamba?

Maap la, bukan taknak upload, tapi memang takde gamba, time tu guna handpon 3310 je pon, tang mana la nak snap kan, ada la sorang member tolong ambikkan, sekeping, aku pernah mintak dengan dia time kat matrix dulu, dia sent kat email zaman hingusan. Patu sekarang ni aku lupe email aku tuh, aku Cuma ingat password je. Aneh kan aku? Orang selalu lupe password, aku lak ingat password je sebab password aku memang terbaik lah. Tengah crush ngan senior la katakan, apa lagi, jadi sumber inspirasi la, walaupun si dia tengah berpunya ketika itu. Tapi aku tak tahu so boleh dimaafkan. Oh, tak gediknya.

Lepas-lepas tu aku ada try tanya lagi, dia pon da lupe da ada kat mana, uh, keciwa lagi.

Time acara bagi-bagi hadiah, memang da tersebar gosip yang aku menang (keputusan dirahsiakan sampai hari dapat hadiah), tapi member aku ajk, beliau lah yang cakap aku menang, so tak terkejut sangat la time dapat hadiah tu. Aku ngan geng aku duk belakang sekali dalam dewan time tu, pastu time nak ambik hadiah, mula la menyesal sebab jauh pulak aku nak kena berjalan kan dan pelajar lelaki yang tak tahu apa-apa cam bingung,

Siapa la minah ni?

Apsal dia lak yang menang?

Aku tak pernah tengok pon dia ni?


Ya, saya invisible di sekolah dulu. Lagi sedih, Cikgu Shikin (sekarang merangkap future mother in law) tak ingat pon bahwa beliau yang menyampaikan hadiah tersebut kepada ku. Sah-sah la kan. Hahaha. Bukannya aku sorang je yang Mommy bagi hadiah sepanjang hidup beliau kan.

Then, petang tu jugak aku call si dia, anak Cikgu Shikin (sekarang da memang jadi laki aku pon) bagitau aku menang, apa motif tak tahu? Member blur2 je kan pening, layankan jela, kan B kan? Mesti wat-wat layan je time tu, kalau dapat 4.00 je jugak nak excited semacam.

Supikgf: password sekarang aku da tukar, takyah la korang nak try-try

Monday, November 22, 2010

Baru terasa

Last week merupakan minggu terakhir stase bedah (alahai, 1 stase 2 minggu je pon), jadwal memang tersangat2 full and pack gila, sampai aku rasa hari-hari balik rumah nak pengsan je, tapi cannot, sebab WAJIB study untuk esoknya. Sebab almost everyday ada quiz. Maka, TERPAKSA la aku merajinkan mu lazy ass nih untuk bukan setakat menatap buat cukup syarat dan sedapkan hati, tapi memang betul-betul baca sampai nak termuntah ala-ala jawab latihan agama time PMR dulu. Sumpah aku kalu boleh nak cakap kat ustazah

" Ustazah, boleh tak saya baca je jawapan, tak payah tulis, lenguh tangan dan saya da nak termuntah jawab soalan yang lebih kurang je"

Ye, eksyen. Tapi takpe, aku dapat 8A's, so boleh berlagak. Hahaha. Macam aku sorang je yang 8A's kan.

Hakikatnya begitu lah dengan kuiz bedah ni, part nak termuntah maybe tak, belum tahap itu lagi, tapi mungkin ada mual/loya. Part yang lenguh tangan tu maksud aku. Soalan memang pendek-pendek, jawapan nak tulis tu, mak kauuuuu, tak leh panjang lagi? Aku rasa nak cabut tangan sebab terover lenguh. Dala tuh, ada masa pulak, nak je aku koyak-koyak kertas tu kan bila tak sempat nak tulis semua, biar padan muka aku sendiri, koyak kertas dapat 0.

Ni khas buat tatapan korang jadwal bedah aku (ape motif aku letak?)



hari2 quiz okay!

Jadwal tu sampai hari selasa je, meh aku wat bagi lengkap sampai semalam (ahad).

15 nov : quiz
16 nov : quiz
17 nov : cuti raya haji
18 nov : class farmasi
19 nov : class farmasi (pagi), exam bedah (petang)
20 nov : exam farmasi
21 nov : harry potter, shopping (mentang2 duit mara baru masuk kan, joli lah)
22 nov : photoshoot revlon pulak (kang aku citer next post)

Ye, belaja 2 hari, terus exam farmasi, alhamdulillah da keluar nilai tadi, lulus. Nasib bedah akan ditentukan esok.

Oh, kenapa aku letak tittle 'baru terasa' sebab sem ni baru terasa seperti mengambil medic. Seriously, for the past 3 years, class adalah sangat santai (mungkin bagi aku je, maka result pon ala-ala santai je kan). Walaupun exam setiap 2 minggu, tapi still ada masa untuk rileks, laki aku pon cakap..

"baru nampak sayang cam busy"

Note: busy adalah study, sebab kalu busy lain, aku memang sentiasa busy. Hahaha. Baru nampak busy ye, t da masuk pandas koas segala, tengokla camne busy nye, baru padan muka aku dan laki aku kan.


supikgf: akhirnya 1 hari pon tak rest, pagi tadi gi class aku cam weng sikit, sikit je tak banyak

Saturday, November 13, 2010

am i a valentine baby?

there is saying :

if you birthday in November then your parents must be really enjoyed the Valentine's day.

i guess they do.

lets do some math, Valentine is on 14 February aite? Exactly 9 months after that, which is on 15 November, here i come! Isnt that a strong prove that i am a Valentine baby?

or should i ask my parents? -------> totally not an option! haha

this year, i'll enjoy my birthday with tones of notes on my study desk.
quizzes on monday and tuesday, eid holiday on wednesday and exams on friday and saturday!

wallah, perfect birthday ever! -----> NOT



supikgf: and he's not calling yet

early birthday present!

As u all know, today i need to seat (again) for psychiatry paper. Well, maybe its unsuitable to use word 'paper' because its actually an oral test. You need to interview (anamnesis) the patient so that you can diagnose his/her disease.

Alhamdulillah, it paid off.

Eventho, im kinda unsatisfied (uhhh, bajet lulus) with the first result but i did see it coming as i had an argument with the instructor/doctor. It nothing big, i just clarified things. She said i havent mention few thing in my interview but the fact was i did, so the reaction was kinda spontaneous i guess. Try to defend and stand on what had i done. Its okay with me if i really did mistake or anything, i can accept that criticism, BUT dont tell me something that i just didnt!

Okay, that was in the past. Just gonna learn from it. Never ever (even its ur reflexes, try to control yourself) argue with the person who gonna determine your result. Because it gonna went bad. For those who going to face Psychiatry next, just swallow whatever the doctor said to you, you sure dont wanna end up like me.

Maybe, my interview wasnt that good either, im not saying that IM SUPER GOOD, but those little thing really gonna bring a huge impact.

It was a relieved when Dr Rudy said i passed this time. It feels good. Really good.

Owh, did u remember this?

there is a time in ur life that u feel hopeless, nothing seems right and worthless eventho u had put ur best for it--> cry it out loud and then u just need to bounce back, and bounce high


I did it! Dr Agnes said i got the highest mark today...yahoo!

But, i didnt know the exact number.




supikgf: learn from mistake!

Sunday, November 7, 2010

chop off ur age with the hair

Cutting hair is a common things to do, and either u realized it or not, it not just changes ur style or enhance ur face, if u do it right, u can look much younger with a new fresh haircut. Or end up adding 10years to ur age. Be careful!

Being mistaken as a high school student (usually people thought i just finished my PMR, hahaha, okay, maybe i exaggerate a bit), i wonder what they gonna say with my new look. I do feel much younger now.

Hahaha.


from 18...


to 15....hahahah...LOL



And not soo long before...



from ahjumma..opss, girly curly


to a edgy and fierce babe..



Done.




supikgf: =)

Thursday, November 4, 2010

hectic day

house totally blackout at the time i just came back from class and about to take my lunch.

called the house owner.

oh, its raining heavily also outside.

decided to just sleep till the lights on again.

sweating like p**, its so hot inside despite it its raining outside.

woke up at <> 7 pm, the lights still not restored yet.

got a candle, took a shower.

its dark and its impossible to prepare for tomorrow exam.

suddenly, Chan's room came to my mind.

went straight to Chan's, got the key from Nija.

asked Aan to come over, and we studied there.

Thanks Chan, Nija and Zahid.

Monday, November 1, 2010

i just found something

Did u know that u can order McDelivery online? (applicable at Indonesia only)

if u did, just pretend that u just know it from me, or else i'll feel like an idiot. I meant it, just pretend okay?

I just figured that out yesterday, it kinda cool i guess and something that worth to brag about, dont cha tink so?

It is cool if u wanna compare to what they have in menu. What u eat in Malaysia, dont u ever dream to get it here. Okay, i lie, maybe there is a few u can find here eventho they are the same franchise, which is McDonalds.

So, how did i discover this?

Well, at first, i was so gonna ordered Hoka Hoka Bento (?) which is weird, coz i never personally ate them before, just mencicipi Zahid's. I was ym-ing everyone just to get the delivery number, and immediately called after get it, but it turned out the delivery already closed. (which is so pissed me off, they said that they closed at 8.30 but it was 8.26 at the time i called) I still got 4 minutes okay.

Then, i decided to mogok makan that night (yesterday), as my credit also runs out. Zahid did offer to help me with the ordering, but i was so mad and in the mogok makan mood, so i said no.

Which was a big mistake, because a couple hours later, my stomach starts to grek gruk grek gruk. So not helping me with my mogok makan. I already felt ashamed to ask for Zahid's help again, so i just browsing through the internet and found this site.

Just click on it, then a pop-up window like this will appear


Choose ur city and nearest McD store


Its time to click whatever u want

Fills up the requirements / order form


And pay later.




p/s: am i just giving a tutorial on how to order mcd?
 

© 2009 sunex. Powered by Blogger
Design by eJoee BlogsTricks