Wednesday, December 15, 2010

budi bahasa budaya kita

Orang kata orang Timur, orang Melayu ni sopan, berbudi bahasa. Sepatutnya begitulah. Tapi biasa la kalu kita jumpa 2-3 manusia yang tidak ada adap ni kan. Benda macam ni selalu terjadi, kat kaunter bank, pejabat ke, mana-mana jela.

Dan pagi tadi, pakcik administrasi lantai 5 memang mencabar kesabaran aku.

*ayat telah ditranslate ke bahasa pasar (bahasa Melayu) dan ditambah perisa supaya sedap

Pakcik: Nak bebas fiskal?

Aku angguk je.

Pakcik: Batch 07 kan?

Aku: Ye.

Pakcik: nim? (student num)

Aku: 316

Aan: 315

Pakcik tuh pon bagi lah (ala-ala campak je, sungguh kurang sopan) borang tuh kat aku dan Aan. Dia suruh kitorang tandatangan dulu. Aku pelik, dala kertas ni takde tempat nak tandatangan, pastu tak ada nama aku lak tu, so aku tanya la

Aku: Nak sign katne pakcik? Kat mana-mana jeke?

Pakcik: Suka-suka kau je nak sign kat mana-mana, sign kat nama kau la. (muka sombong tak boleh blah)

Aku: Takde ni pakcik. (sambil aku belek dan tengok lagi sekali kut memang aku silap tengok)

Pakcik: Tak kan la tak ada? Tak nampak ke? Ke nak kena pakai cermin mata baru nampak? (siap tunjuk cermin mata dia kat aku, wat gaya pakai spek)

Aku da tahap mendidih ni, apsal nak marah-marah lak. Memang takde hoi, nak je aku menjerit kan, tapi aku masih tau batas-batas nya.

Aku: Memang takde pakcik. (aku bagi balik kertas tu, biar die tengok sendiri, kan da pakai spek tu)

Pakcik tu ambik la kertas tu, hambik kau, memang salah, da tau salah, nak cover la kan, muka still sombong tak sudah.

Time ni memang aku monolog jela kat diri sendiri " sape nak kena spek, ko ke aku?". Panas gila hati aku, berapi je.

Pakcik: Ha, yang ni, nah sign. (campak je kau kertas untuk sign tu, campak okay)

Aku ngan Aan da sign, pastu pakcik tu bagi la borang bebas fiskal kat aku. Masalahnya, dia bagi yang salah jugak, dia bagi sampai no 229, padahal tadi dia da tanya, dan aku da cakap balik lepas sign tu 316 dan 315.

Pastu dia cam buat muke bengang, helloooooo, bukan salah aku. Eiy, sakit hati aku.

Patu dia main campak je borang aku ngan Aan.

Aku: Terima kasih (eh, ke aku tak cakap eh sebab aku terlampau bengang? Aku lupa)

Tu gaya yang kerani laki, kalau yang perempuan lak, jenis yang buat tak tahu. Kau cakap da dekat 5x, baru la dia tanya nak apa? Siap dengan jelingan lagi.Kau cakap sepatah, dia jeling, tak layan, kau tanya lagi, benda yang sama dia buat. Kerja kau kut. Taknak layan, da sudah, berhenti.

Orang-orang macam ni kan, sorry la aku nak respect, kalau kau takleh nak respect orang, sorry la. Nasib la akal aku waras lagi, dan tak men-low kan standard aku jadi macam kau jugak, boleh je aku nak marah kau balik kan. Tapi apa gunanya?

Aku yakin semua orang pernah kena, either kena sikit-sikit ke, atau dasyat.

Time aku form 1, kuar outing, beratur nak ambik duit, aku nampak sorang pakcik tua kena tengking kaw-kaw dengan orang bank tu sebab tak reti isi borang. Orang tua kut, maybe la dia tak paham, tak biasa, ape salahnya, kau tolong instead of tengking? Apa yang kau dapat? Memalukan diri sendiri jugak.

Bukan nak kata aku baik, aku pon pandai marah, tapi pikirlah dulu.



supikgf: tiap-tiap kali nak ambik fiskal mesti camni

Sunday, December 12, 2010

vote for me plis



semalam macam biasa, duk menatap FB sambil membuang masa, pastu aku terbukak la page ni, pastu terasa gedik nak join contest yang page ni organize

Barbie Doll Make Over Search

Ahah, bukan la merasa diri ini seperti Barbie Doll, oh, jauh sekali, cuma part make over tu maybe la, haha.

Jika anda suka (suka la, suka la, suka la), bolehlah vote dengan cara:

1. 'LIKE' page Sista Modelling
2. 'LIKE' gamba aku tuh

Aku send 2 gamba, tapi die publish 1 je (tamak la kan nak kuarkan 2-2 gamba). Dia pilih gamba yang first tu. Korang 'LIKE' kat link ni okay, click HERE.

Aku da bold, siap highlight, besarkan font segala, kalau korang tak vote jugak, tak tahu la aku (ayat paksaan suh vote).



supikgf: apekah aku takdak keje lain masuk contest ni?

my medical toys

ni yang ada kat class, bukan aku punye, yang bawah ni baru aku punye dan sebahagian besar nya dirembat dari class jugak, haha










Nak kena beli stethoscope baru, sape nak derma duit? sebab nanti koas takleh bawak yang mahal kang rena rembat dengan makcik-makcik nurse, yang Littman aku tuh almost rm300 kut kalu tak silap. Meroyan la kalu hilang.

Alang-alang nak beli yang baru ni, aku nak cari yang kalerful biar ceria hidup, kalu ada jual 3 rm10, aku beli merah, kuning, hijau. Ala-ala traffic lights u.

Owh, set bedah minor/ minor surgical set tak beli lagi dengan termometer biasa, yang pakai merkuri tuh, aku ada yang digital je.



supikgf: jom main suntik-suntik bontot, sape nak volunteer?

Thursday, December 9, 2010

cucuk bontot

Agak lama tidak mengupdate, u'all miss me tak?

Buwekkk. Abes tersembur screen dengan muntah korang kan, tapi takpe, bukan laptop aku, korang muntah, screen laptop korang la kena. Hahaha.

Sekarang aku kat bahagian KETUM (??).

Buat yang tak tahu, KETUM = KETrampilan UMum, so ko kena sangat-sangat la cermat dan berhati-hati, trampil lah pokoknya, sebab markah gaya penampilan ect adalah 60%, tindakan hanyalah 40%.

Tapi banyak main je dari berlatih ketrampilan setiap hari.

sape nak kena cucuk kat bontot?

ala-ala pervert je kan Dr. nih tengok bontot

biasalah kalau Dr. pembimbing takde kan, inilah keje nya

macam biasa Dr. muda yang berdedikasi (hahaha)

ini bukan lakonan

ini lakonan (hahaha)


Eventho we are medical students, we shouldn't put fashion behind us, we need to be creative with what we have to be fashionable, and presenting for the first time new style in town..


tudung dipakai bersama torniquet

torniquet yang seba guna, boleh juga diguna sebagai BOW TIE

alah, malu pulak nak menggayakan BOW TIE terbaru keluaran KETUM

Ada banyak benda aku nak update actually, bahan-bahan untuk OSCE, tapi aku penat dan tak larat, nantilah, aku akan update pemasangan NGT (naso-gastric-tube) dari bahagian IPD (ilmu penyakit dalam/ interna) dan beberapa bahan dari KETUM nanti. Nanti!



supikgf: lusa exam ketum, malasnya nak baca..

Monday, December 6, 2010

TPM belanja dinner

3rd December 2010
Ritz Carlton Hotel



arrival pose: before masuk hall

pose wajib: dalam toilet

my table

inilah yang kami duk kunyah (mangga dan kacang) before real menu

nampak tak list menu tuh, semua di-served dengan kecepatan cahaya, tak sempat nak hadam

shark's fin and dried scallop soup (above)
dan rakan-rakan (below)



me, chombee, our table and eating


departure pose: before balik


supikgf: wasnt lucky that night, if i was, would walked home with an Ipad that night

Thursday, December 2, 2010

si gay di ruangan interna

Poor Aan felt in love with Labu after literally kissed him yesterday.

Look the way she hold his hand.

Yes, Labu is one of the mannequin in our internal class, the other one is Labi. The gay mannequin couple. (tiada kena-mengena dengan cerita Labu Labi P. Ramlee)

How did i know they gay? Just look at them in the picture above.

And yes, she kissed him yesterday ( i 98% sure that it was Labu not Labi, but they do look alike, LOL) during the Basic Life Support course, where we need to do the mouth to mouth part. So, basically, everyone had kissed Labu or Labi.

But, only she felt for him.

Aha, is this a new couple in making? -----> NOT

They were just discussing how to do the oral incubation.


And presenting the next nominee of Dr. Morgan Dexter Asia.....


u dont wanna mess with her, especially about SHOES, no u did not!

Owh, did u know who Dr. Morgan is? He is a forensic analysis specialist in blood, who also a serial killer. Check him out at FOXCRIME, the most wanted channel (tetiba iklan lak kan).

Oh, no link this time, google it yourself! Hahahaha



supikgf: Aan, please do not mad at me, i was just kidding the whole entry except about the SHOES, i really mean it, like, REALLY MEAN IT.

Wednesday, December 1, 2010

panduan me-renovate rumah

Balik exam anestesi tadi, balik dengan semangat berkobar-kobar nak tidur. Dan, memang itulah yang ada dalam kepala otak aku everyday lepas bangun tidur. Balik class je nak tidur (gila looser je kan, pikir nak tidur je).

Masalahnya sekarang, tuan rumah aku, time-time ni la dia nak renovate rumah. Aku tau la ni rumah dia kan, aku menyewa je, tapi yang bikin gue sebal tu (keluar bahasa indon aku), kenapa sekarang?

Hello, we going back to Malaysia in two weeks away. Be patient-lah. (motif tetiba nak speaking?)

Tak tahu? Maybe boleh consider tanya kitorang tak ada kat rumah bila kan?

Or, tak pun, inform lah dulu, on this date bla bla nak renovate rumah. Boleh la aku bersedia mental dan fizikal, tak pun pergi meronggeng rumah sesiapa dulu untuk dapatkan evening nap aku (itu jugak yang dipikir).

Ni tak, tetiba je, reng sana, reng sini (note: reng adalah bunyi-bunyian ketika orang renovate rumah). Penuh dekat 4-5 orang lelaki kat depan bilik aku. Aku tahan dari tadi tau nak terkencing. Nak masak pon terganggu, dala aku tak lunch lagi sebab ingat nak tidur.

Tak lupa, kasut-kasut aku habes berantakan kat luar. Sure berhabuk semua, tak pasal-pasal aku nak kena lap semua jap gi, tolong lah, inform dulu lain kali, sempat aku nak settle apa-apa kat luar.

Stress aku gini (ayat saja nak suh relate ngan gambar).



supikgf: oh, aku takde tips pon nak share pasal nak renovate rumah

Tuesday, November 30, 2010

intubasi nasal avu

atas permintaan Encik Mohd Sofuan (hambik kauuu, nama penuh aku letak) sila la layan video ni untuk exam sok...

Eh?

Apa?

Tak dengar, ulang lagi sekali leh?

Owhh.

SAMA-SAMA!


video

Itu jela yang mampu aku update rini, dalam kepala otak banyak nak tulis, tapi aku asik rasa mual, pening kepala ngan nak demam duk dalam bilik ni.

Aku rasa ada masalah dengan renovation umah ni, maybe ada gas carbon monoxide kut bocor (dan dan je buat conclusion). Sebab tengok Royal Pains ritu, ada budak ni, mengalami keluhan yang sama sebab keracunan ni dan umah ayah dia sedang direnovate. And aku jugak feeling much better lepas muntah.

Penat weh.




supikgf: apa-apa jela kan, ntah ye ke tak assumption aku

Monday, November 29, 2010

3 doktor muda tak berpengalaman buat EKG

EKG = Elektrokardiografi or ECG = electrocardiography

Kalau rasa-rasa bosan tak tahu nak tengok ape, boleh la try click play video ni. Sound quality memang tak dengar pon apa yang bermanfaat kecuali suara latar orang yang tolong merakam, thanks to Aiman.

Boleh la korang tengok betapa gelabah dan main bantai je kitorang buat tu, nasib OP lena je kan dalam mimpi indah. Eh, indah ke? Hahaha.


video
body languanges and eye contact = turn kau lak


video
sebut jela apa yang nampak

Lagi 1 video, part yang dari awal sampai kuar result ECG tak dapat nak upload (padahal aku bengang sebab lama gila da tunggu tak abes jugak, makanya aku cancel).

So, inilah sikit sebanyak gelagat kitorang during classes.

Enjoy



supikgf: bila nak buat PR (pekerjaan rumah / homework) interpret hasil ECG, haih

Saturday, November 27, 2010

not ordinary Saturday

Hari sabtu ni lah nak belasah tido sampai tengahari kan, da penat (lah sangat) ke class dan study (konon) dari isnin sampai la jumaat. Umi aku dulu kalu aku bangun tengahari dia akan cakap

"bangun-bangun lah, orang naik bulan pon da balik ni"

Exaggerate je umi aku. Ingat pergi bulan pukul 6 pagi, pukul 12 da sampai bumi balik. Sebab aku tau itu tak mungkin maka, kata-kata beliau tidak ada kesan, sambung layan setan bergayut kat mata sampai rasa-rasa lapar. Baru bangun cari makanan.

Kadang-kadang jela, ntah mimpi apa malam tu, aku bangun awal. (Padahal kena paksa hanta adik gi sekolah ke or ada pape nak buat pagi-pagi)

Kalau gaya abah aku kejut, gini pulak, nak-nak kalu baru balik cuti dari asrama kan, tido memang tak ingat dunia dah.

"Puteri Santubong, Puteri Sejenjang tak nak bangun lagi ke?"

Aku suka. Aku suka.

Pagi-pagi lagi da ada orang panggil kau puteri kan. Hahaha.

Puteri Santubong = aku
Puteri Sejenjang = kakak aku

Kenapa Puteri Santubong dengan Puteri Sejenjang? Aku pon tak tahu. Nak kata sebab duk Sarawak, tak.

Maybe if nak sebut 'Cik Siti Wan Kembang', panjangggggggg kali.

Dan Cik Siti Wan Kembang takda adik beradik lain, jadi tak sesuai untuk aku dan kakak aku.

Jadi hari ni, tak macam hari-hari lain (usually aku landing je atas katil, nak bergerak pon malas).
Tapi sebab aku rasa bilik aku da macam kapal pecah, maka aku tiba-tiba dapat mood rajin mengemas segala siap mengemop!

Mop okay. Pelik lah untuk orang malas cam aku, maybe biasa untuk anda-anda yang memang rajin mengemop lantai setiap hari.

Pastu hari ni menu ikan bawal pedas dengan kacang buncis goreng. Lunch la konon, padahal makan da nak pukul 3.30 (waktu Malaysia).

Dan hari ini, tengah makan dapat gossip yang mengejutkan sekali lagi, tapi terkejut sangat actually sebab memang da expected da.


tak kuasa aku nak tido pakai dress, makeup, wat rambut cecantik segala



supikgf: jadi ke tak plan ni?

Friday, November 26, 2010

physical examination : last part dan kisah misteri menggulung

26 November : ekstramitas (extremities) /tangan dan kaki

Hari ni OP xyah bukak baju macam nak periksa thorax dan abdomen, cukup gulung lengan baju sampai bahu dan seluar sampai lutut, jangan nak lebih-lebih, tak etis!

Aktiviti hari ni, banyak memicit-micit dan gerakan da gaya macam instruktur senam pon ada, seb baik pakai snelli (white coat), kalu tak kompom boleh tertukar dengan Jillian Micheals, alah trainer Biggest Loser tu. Korang tengok tak? Tak? Makanya, tak slim macam aku. Hahaha.

Okeh lah, nampaknya ada ramai yang tertanya-tanya dan penasaran (ambik kau ayat) pasal Dr. Tabitha dan kisah menggulung kapas beliau. Ada yang tak percaya dan sanggup menggintip (siapa lagi kalau bukan group sebelah aku kan, si Ikin, Aiman terutama si Sofuan). Boleh dikatakan every 5 minutes tanya aku, " da belum?"

Ni ha, exclusive lagi sekali aku paparkan kat blog aku, perhati la betul-betul

mula-mula, ambik kapas

nampak tak kapas tu? Abaikan 2 orang tu takde kena mengena ngan proses menggulung

gulung time!


Antara kegiatan yang tidak wajar dicontohi semasa menunggu giliran:

bergambar tanpa motif dan bukan untuk tujuan pendidikan

berpacaran (contoh gambar)

Pelajar contoh yang sedang mengulang kaji walaupun tak sampai turn beliau lagi, sila contohi.

hahaha


Okay, jom periksa OP

inspection

time-time ni la kan Erika kau nak tanya aku

palpation "ada nyeri ngak mas?"

check rigiditas/kekakuan sendi + kekuatan otot

patella reflex

achilles reflex

Lepas tu, battery BB mati. Tak dapat aku nak tunjuk pemeriksaan ala senam kat korang.
Oh, jangan lupe, bila da abes periksa, cakap...

Terima kasih mas/pak, pemeriksaan sudai selesai. Bajunya bisa dirapikan kembali.



supikgf: teknik ketuk (percussion) aku semakin membaik, ada peningkatan! yeay
 

© 2009 sunex. Powered by Blogger
Design by eJoee BlogsTricks