Ops, caption da termeleret pulak ejaan, ni lah akibat penangan bertapak kat blog Kak Di lately ni. Kan da terpengaruh.
Akibat ke-addicted-an menelaah blog beliau, dengan PD dan selamba badaknya, wat derk je kat PKL (tak tau la pulak stand for ape) yang lebih kurang cam SOCA (nih aku tau Student Oral Case Analysed). Betul ke tak ejaan, sila jangan pertikaikan, wat-wat jela paham.
Ada 2 kasus (cases) yang seharusnya kena hafal, Retensi Urin dan Demensia Alzheimer, lecturers da bagi topic tuh last Friday dengan harapan students malas cam myself ni akan ada masa untuk mencari dan menghafal. Ternyata sia-sia. A night before kena present tuh, which is semalam, walaupun da nampak semua orang duk kepoh-kepoh hal PKL, siap ada da macam ala-ala tengok demo time ME, eh, pernah ke gi demo? Abaikan. Dengan syiok nye bergelak ketawa membaca blog. Siap cam boleh hafal/ingat pulak cerita-cerita Kak Di.
Try tanya kasus PKL time tuh, haram. Soal pon part yang myself buat pon ingat-ingat lupa, part lain, memang failed.
Tapi tu la, memang da ada instinct da possibility untuk tidak dipanggil adalah sangat tinggi. Biasalah, nama tak glemer, walaupun lecturer pilih secara random, diorang tak sedar sebenarnya names yang diorang panggil tuh, balik-balik orang tu jugak yang kena. Maka, orang like myself ni, rileks sudah.
Siap semalam kena sound ngan tersayang...
b: study la (merujuk pada PKL)
me: malas la
b: kang esok kena panggil
me: insyaAllah tak kena....
Tahap rileks diriku ini kadang-kadang sangat tak bertempat juga, pastu da saat-saat akhir baru sibuk. Haha.
Masuk-masuk je class pagi tadi, Nani cakap my group dapat Retensi Urine (myself wat part terapi je, tuh pon, tak ingat!). Berkat pressure sebab group terawal present semua budak Malaysia yang kena, maka, demi keselamatan dan markah group, time-time tuh jugak la hafal. Tak heran langsung, sebab memang time-time kritikal baru otak ni nak bekerja lebih masa sikit. Eh, lebih tenaga. Sebab da diajar memerah saat-saat akhir, awal-awal bersenang-lenang dulu. Kira cam bagi time untuk kumpul energy. Heeee.
Tapi memang lucky sesangat, sebab mine, dak Indonesia yang kena, fuhhhhh, lega! Tak dapat nak dibayangkan kalu the person that had been choosen was me, yang baru duk hafal 15minit yang lampau. Berkat tunjuk ajar Nani, bolehhhh la. Tak ade la nak sengih je kat depan as planned dalam kepala otak ni before this.
Plan ni dicetuskan oleh Zahidah Amni, dia cakap, dulu time kena dia sengih je. Metafora je lebih, sengih je? Paling tak baca apa yang ada kat sinopsis tuh kan. Diriku yang sangat naive ni punya la nak ikut je tunjuk ajar sesat tu. Sengih. Dengan harapan lulus cemerlang. Hahaha.
Hidup adalah mudah jika begitu.
Ha..tau tak jumaat ni ada exam? Final exam for GERIATRIC. Tak kan tak boleh agak lagi, asal myself rajin memblog tuh, ada exam la tu. (kes perasaan ada orang nak perasaan apa yang dibuat)
Masih tidak ada kesedaran walaupun class monteng memanjang, notes baru fotocopy semalam, apa yang masuk exam tau tahu lagi, dan insan tercinta kat depan berhempas pulas study untuk final exam esok. Kena rasuk dengan hantu blog agaknya.
Semoga esok, miracle will happen. Bangun dengan berkobar-kobar membuka nota seperti mana bersemangat nak membaca blog.
Da berjanji, so nak tak nak kena merajinkan diri sok if tak nak dengar 'tak sayang B lah tu'.
Ada kene-mengena kah? Sayang dan study?
Oh yes, ada.
If tak study camne nak lulus jadi doktor? Tak jadi doktor kang sok mana nak cari duit nak kawen? Bukan artis nih ada orang nak taja.
Kalu tak nak kawen tuh, bukankah tak sayang?
Hahaha, kepala asik piki nak kawen je. Makin menjadi-jadi hormon gedik ni sejak melayan blog Kak Di. Hahaha.
Tapi bukan salah diriku, memang ada dalam genetik (tibe-tibe nak kaitkan dengan kes my umi kawen muda and kakak ku tak abes belajar da gatal nak kawen).
Seb baik, my sis buta IT, kalu tak mampus haa, tak pasal-pasal makin susah nak mintak duit. Haha.
Angan-angan jela, mau kena ceramah dan penangan sakti abah if mintak nak kawen sekarang, walaupun kalau dipujuk-pujuk sampai berbaldi air mata, akhirnya abah mengalah (cam kes my sis je ni), sebagai anak yang solehah (ke?), kita tangguh la plan tu lagi 5-6 tahun okay?
Lagipun, nak makan pasir?
supikgf: Zahid suh solat hajat sebab dia nak exam sok, boleh tak niat je?
Wednesday, May 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
blog kak di mane yg ko menelaah tuh der?
aku bagi link kat ym t, ko kompom suke, hahahaha
Post a Comment