Nak kata sebab tak terpilih jadi Pengawas Sekolah, aku dapat 2-2 offer, haha, tamak betul, 2-2 interview aku pegi. Ngada-ngada je cikgu aku dulu wat interview, padahal sapa apply kompom dapat, eh orang-orang tertentu jela, contohnya cam aku. Maybe sebab dulu kakak aku pun Pengawas Pusat Sumber dan aku rasa nak meneruskan tradisi tu, maka, aku pun accept la Pengawas Pusat Sumber. Kenyataannya, surat pelantikan Pengawas Sekolah lambat kuar, aku da tak sabar nak pakai baju kaler-kaler, terus jela accept apa ada.
Tapi bagus juga, dapat aku cilok buku tanpa guna kad. Hahaha. Nak pulak buku yang tak boleh dipinjam, buku mahal-mahal, semua aku rembat, before kakak aku gila membuang semua khazanah aku dalam bilik aku yang ala-ala stor tu, macam-macam jenis buku ada, aku konon wat Mini Library kat umah.
Tapi buku-buku tak cerita la.
Haa, cuba teka jawatan aku apa?
Ketua?
Penolong?
Bendahari?
Aku setiausaha la.
Yang lantiknya cikgu aku, alasan dia tulisan aku lawa (perasaan melampau). Tapi tiap-tiap kali meeting (lah sangat) bukan kena tulis apa pun, balik-balik cikgu aku yang wat semua. Jadi nama aku sebagai setiausaha tuh setakat tertulis kat organization chart je la. Tak apa. Glemer sikit. Nasib tak kena letak gamba je. Kang tak pasal-pasal every week nak kena letak yang baru. Hahaha.
Dan sebagai orang yang berjawatan tinggi, aku tak yah nak jaga kaunter cop kad if ada orang nak pinjam buku, apetah lagi menyusun buku-buku. Paling pun aku menunjukkan diri di library je, tak ada la orang cakap aku ni nama je Pengawas Pusat Sumber tapi masuk library pun jarang.
Nak dijadikan cerita, masa kitorang darjah 6, ntah apa yang merasuk Guru Besar aku, buang tebiat agaknya, beliau nak semua pengawas darjah 6 tak kira Pengawas Sekolah ataupun Pengawas Pusat Sumber kena conduct assembly, every Ahad (kelantan sekolah hari ahad, melepas KFC Hour aku) sampai semua dapat rasa.
Nak melatih keyakinan ( PD = percaya diri) katanya. Melatih darah gemuruh duk atas stage depan semua orang. Sekolah aku dulu kalu assembly ada dwibahasa, Bahasa Melayu ngan Bahasa Inggeris (idea cikgu-cikgu nak suh student dia pandai speaking). Aku dapat team ngan member aku sorang ni, dia mati-mati tak nak baca yang English version, bagi kat aku yang sama juga bengapnya English ni. Sumpah,aku memang bengap dulu, sekarang ni, tak ada la terer, cuma tak berapa nak bengap, if ada omputih sesat nak tanya jalan, boleh la aku jawab sekarang ni.
Seminggu before turn kitorang, memang da dapat script da, nak suh praktis kat umah awal-awal. Punya la aku praktis ni, tak nak nampak bodoh ngat kang kalu tersalah sebut, kena gelak ngan satu sekolah.
Oh, yang English version tuh, kena la pulak baca vocab of the day. Ni memang aku ingat sampai mati, teacher aku bagi word 'COMB'. Ye, comb, sikat tuh, siap da bagi maksud sekali ngan contoh ayat da. Tak yah susah-susah, keje aku hafal, assembly sok, baca je kat depan tuh.
Pagi ahad yang bersejarah, hari yang nantikan pun tiba. Cam biasa, awal2 yang 'angkat jatuh, angkat jatuh' tangan tu la. Pastu, bacaan doa, naikkan bendera. Ucapan cikgu-cikgu dan Guru Besar yang boring, hoih, lenguh kaki berdiri berjam kat depan tuh tau tak. Dengan nak kena control wajah kepimpinan nya lagi, if duk belakang, lenguh boleh la berjalan setempat ke, bergossip ke. Ni nak kena maintan, nasib tak kejang kaki aku. Pitam tak apa, memang bukan style aku pitam-pitam time assembly. Tuh trademark kakak ngan adik aku. Sikit-sikit pitam. Ntah pape, nak glemer je lebih.
Dung dang ding. Tiba la part aku nak kena baca vocab of the day. Dengan langkah penuh berkeyakinan, aku cakap :
' Vocab for today is DOMB. D-O-M-B. DOMB.
The meaning is sikat.
Example : Minah domd her hair everday before go to school
(ni aku reka, aku da tak ingat ayat teacher aku)'
The meaning is sikat.
Example : Minah domd her hair everday before go to school
(ni aku reka, aku da tak ingat ayat teacher aku)'
Dangggggg.
Aku boleh tak sedar aku salah sebut dan salah eja, siap buat muka PD dan tak bersalah sampai abes assembly.
Korang tau bila baru aku discover yang aku salah ni? Kira-kira setahun kemudian, ketika itu aku da pun masuk MRSM Gerik.
Rasa nak menyorok belakang bendera Malaysia (sebab aku berdiri sebelah tiang bendera ni) je if aku perasan time tuh. Nasib baik tak. Lantak la, orang lain rilek je aku tengok. Tak ada pun yang mengutuk ke perli aku. Maka, hanya ada 2 kemungkinan
1. Diorang tak dengar pun, cikgu-cikgu semua tersenguk-senguk kebosanan, mentang-mentang tak kena berdiri, duduk, boleh la lelapkan mata tanpa perlu risau nak jatuh, budak-budak tak yah cakap la, pelik je kalu boleh pay attention kat aku ngan lenguh kaki dan panas nya tu, kecuali la dia tuh secrect admirer aku.
2. Diorang pun TAK TAHU, men dengar je, masuk terus je dalam otak. Sebab tu diorang tak perasaan. Hahahaha. Aku rasa teori ni possibility nak betul tinggi melonjak-lonjak.
Selain bengap English dulu, aku jugak sangat la bodoh sifir. Math aku terer, tapi tang sifir je aku kiok. Tak tahu la kenapa, sampai sekarang tak yah la nak main Siti Sifir ngan aku, aku surrender awal-awal.
Pejam jela mata, tengok orang lain dari darjah 3 lagi da dapat badge 'Bijak Sifir', siap nanti tampal biodata ngan nama kat notice board. Aku sampai ke darjah 6 sekali pun aku tak khatam. Peduli apa aku (padahal jeles).
If exam, kalu aku tak letak sifir yang aku koyak dari kulit belakang buku latihan, selit bawah meja, kena la bekerja keras sikit time exam tuh, nampak la aku duk conteng mengira wat sifir.
8+8=16
16+8=24
24+8=32
:
:
16+8=24
24+8=32
:
:
Still sekarang ni pun bergerak-gerak jari aku duk menambah ni.
supikgf: trauma nak mengeja!
0 comments:
Post a Comment