Thursday, May 20, 2010

rasa nak lempang diri sendiri, denggg

Just arrived home!

For the first time since ntah ke berapa bulan, aku keluar berpoya-poya ngan duit scholar yang baru masuk few days ago. Niat di hati nak cari dance mat je, tapi harapan hancus bila seller tuh cakap tak ada untuk laptop nye. Kechiwa. Kechiwa. Kechiwa. Teramat.

Da alang-alang kaki da jejak ke Mall Taman Anggerik tuh, tak sah la kan cuci mata sekali. Tapi im proud of myself gak la, sebab awal-awal (awal je la) berjaya menekan nafsu serakah untuk shopping. Takat try-try, gelak ketawa dalam fitting room je (agenda biasa). Snap-snap gambar sikit untuk kenangan.

Then, aku try la baju ni.


Da terang lagi bersuluh aku ambik gambar dalam bilik, maksudnya, aku bukan setakat try, malah menabur duit scholar aku sekali. Hangus la rp 269,000 untuk baju di atas. Aku da excited gila ni, sebab memang aku suka baju2 yang ada design kat leher ni, be it, motif manik-manik, studded bahkan motif kayu-kayu lagi aku suka.

Memula, aku tak nak bayar lagi, jalan-jalan lu. Tapi bila pikir-pikir yang da nak tutup (da kul 8 lebih at that time), aku heret la makcik banker ni, gi kaunter, bayar.

Puas hati.

Tersenyum lebar.

Tapi sementara.

Aku keluar je 2-3 steps dari Metro, sebelah Metro je, sebijik baju aku baru beli tadi, siap ada diskaun 30%. Taikkkkk.

Membara aku.

Ciap mencarut-carut aku dalam kedai tuh, rasa nak je aku g tukar. Bodoh.

Tak, aku tak cakap sapa-sapa bodoh. Jangan terasa.

Aku la bodoh.

Kalau tak aku dapat harga rp 188,000 je. Jauh tuh wehhhh. Sekarang ni 5sen pun aku berkira apetah lagi rp 90,000 plus minus. Seyes aku rasa nak lempang muka sendiri time tuh.

Aiiiii, nih aku tak suka ni, melayang duit aku, dala benda utama nak beli dalam list tak ada, dan tak terbeli lagi. Tapi takpe la.

Looking on a bright sight, apa salahnya, treat diri sendiri, da lama jugak aku tak shopping untuk diri sendiri sejak menjak ni.

Dan aku bukan beli 1, tapi 2, nasib baik tak jadi 3, cardigan love love tuh aku terlupa, kalu tak, memang aku rembat jugak.


Lawa kan, tapi aku cam nak kaler lain lak bila try kat bilik ni, hummmm.




supikgf: khamis TA, jumaat Roxy, sabtu Tenabang, ahad rest, isnin EXAM ---> zahid =p

1 comments:

miss QIM said...

296,000 sapo nge bapo riyal hor?

 

© 2009 sunex. Powered by Blogger
Design by eJoee BlogsTricks