Thursday, May 6, 2010

Mereng

Tetiba je aku dapat idea nak memblog, bukan apa, panjang sikit aku boleh merapu merepek dalam ni dari setakat memenuhkan wall zahidah amni yang merupakan tindakan sia-sia kerana beliau tak online pon, mungkin tengah makan goreng pisang sekali dengan jemput-jemput dan air sirap bandung kat rumah sambil melangguk depan TV. Mungkin.

Aku rasa da mereng da otak aku ni, yela, mana tak nye, harini jugak la aku nak jolok semua fakta-fakta berkaitan dengan orang tua yang sangat la tak best ke dalam otak aku. Otak aku ni memilih sikit, benda-benda tak berfaedah tu la laju je dia masuk, ko tanya tahun depan pon still boleh ingat lagi. Cuba tanya ciri-ciri depresi yang belaja modul lepas, ala yang singkatan dia SIGEMCUPS tuh, selamat la GER ni mengulang balik, baru je lepas baca pulak tu, ingat la, kalu tanya pagi tadi, aku ingat S = suicide je.

Kemerengan aku ni, bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, tak leh fokus nak study (alasan, padahal memang malas), bahkan menyusahkan orang lain. Bukan ape, kesian pula bila piki balik orang yang tak bersalah tu kena tempias kemerengan aku. Aku pun tak tahu kenapa, masalah hormon kah? atau dah mengarah ke kes gangguan mental? Bila da rasional sikit ni, tak ada apa yang salah pun sebenarnya, aku je yang ntah, serba tak kena.

Mungkin stress.

Sebabnya, bila da settle semua masalah, aku okay je, bila masalah datang tuh, betul la kata orang tu, kalau marah-marah pun, boleh ke masalah settle? Tak. Tadi pon aku tau tak, tapi, tu la, semua benda aku nak piki, konsenkuensi dan komplikasi masa depan (kononnya) tu aku da piki siap-siap. Pastu semua yang aku piki tu dala yang negatif aja, preparation (lah sangat). Kang kalau betul jadi, aku da siap plan awal-awl apa nak buat. Tapi selalunya, terover piki, sampai men-create masalah baru pulak.

Ntah apa kena ngan aku pon aku tak tahu. Ciri-ciri afek tak serasi tu da kelihatan da, kejap aku okay, boleh senyum-senyum, kejap kang aku rasa nak mengamuk, tetiba da mengalir air mata. Ntah apa diagnosis, korang diagnose la sendiri. Tapi kesadaran aku tak berkabut, dan memory aku masih tip top. Da merepek lagi, apa ko ingat ni soalan diskusi ke?

Nasib baik la beliau penyabar, sabar je ngan perangai aku ni. Tapi tadi da kena sound jugak sedas, haa, tau pulak senyap. Hilang semua amarah. Takut weh. Tak pasal-pasal kang, eish, tak mau aku sebut. Mau terus gila aku pastu.

Aku da biol nak sambung study, lagipun orang cakap tak elok kan study petang-petang? Eh, ke aku ter-merekacipta? Lantak. Nak tidur lagi la, orang cakap tak elok tidur pas asar (yang ni baru betul kan?) nanti gila. Cukup 40hari, go terus. Tapi aku tak cukup lagi, boleh la kan?

Manakah zahidah amni, sepatutnya ko membalas jasa aku melayan ko menggila malam exam. Inilah saatnya untuk berbuat demikian. Sungguh durjana ko membiarkan aku gila sorang-sorang. Kang bertambah lagi satu keluhan, halusinasi visual ko duk melayan aku sat gi. Hishhhh. Tarik balik, kang bebetul, baru terkencing dalam seluar.

Aku tarik balik.

Boipren aku da pesan da, cukup2 la study, rest pulak, tapi jangan FB-ing nanti tak ingat dunia, maka aku memblog lah. Ciri-ciri isteri solehah terserlah. Dan aku rasa nak tidur, walaupun aku rasa tidur lagi la mengasyikan dari berFB, tapi beliau tak ada lak cakap jangan tidur. Maka, boleh la.




supikgf: semoga aku sihat fisikal, mental dan emosi nak exam esok

0 comments:

 

© 2009 sunex. Powered by Blogger
Design by eJoee BlogsTricks