Sunday, May 2, 2010

Berlagak sikit

Haih, macam mana boleh lupa ni. Da dekat seminggu da pasang benda alah ni, baru teringat. Hurm, maybe sebab tak ada ape pon yang patut ditulis sebenarnya, saja nak berlagak sikit, mentang-mentang la bilik da ber-aircond sekarang. Khas dituju kepada sesiapa yang belum pasang AC sahaja, siapa yang da, danggg u, jangan banyak cakap, tau, tau, i miss the train. Tapi takpe, LRT banyak sekarang. Paham? sah gila, sebab myself pon tak paham apa yang dimengarutkan ni.

Tanggal rabu lepas, berjaya juga Aida and myself memasang aircond. Okey, kitaorang tak pasang sendiri obviously, sah-sah la suruh orang pasangkan. Mau jadi besi buruk pulak if i did it myself. Tapi ada 1 je problem sekarang, AC nih xleh swing! Mine je, Aida ngan Lya ok je. Hampeh. Not my fault at all, im just tekan-tekan remote je, tak buat pape pon, but tak swing gak. Mengingatkan diri yang buta aircond ni, da mintak tunjuk ajar Tix, haaa..terbukti betul da apa yang myself buat, Ac tuh yang tak nak swing. Fuhh, lega.

Still, sampai hari ni belum bagitau Mas Anton lagi, maklumlah, beliau tak melekat kat umah, kuar pagi-pagi, balik tengah malam. Time dia balik, aihhh, malas tau nak turun time mood tido/ber-ym datang. Bukan apa, kang lama-lama, beliau cakap my fault lak benda alah tuh disfunction, yela, kan baru je beli. Huuuuuu.

Tapi nasib baik, fungsi utama AC berfungsi dengan baik tanpa cacat celanya. If tak, mau mengamuk ha. Da penat-penat menutup semua lubang-lubang ventilation yang ada ni, if tak berfungsi mau jugak digigit-gigit Cik Rusa. Haih.

Disebabkan oleh syok tidur sejuk-sejuk first night ngan AC, terlajak tidur. Okeh, jujur nak buat pengakuan, bukan tak dengar Aida kejut, tapi cam sayup-sayup je, dan dalam kepala otak setan duk cakap 'class Dr.Rudy je, tak pe, tidur je lu, diskusi nanti bangun la'. Otomatik, mata yang memang tak terbuka ni pon, lelap balik. TApi sempat kunci jam dulu, eh, tadi tipu tak buka mata, bukak sebelah, sebab nak set alarm. Heee.

Sekali time da betul, tertukar am dengan pm pulak, naseb baik, tersedar pukul 950 dan terdetik nak tengok jam, sambil berpiki-piki 'apsal tak bunyi-bunyi lagi alarm aku?'. Dengan sepantas kilat, melompat bangun, mandi ala-ala kadar tapi bukan ala P.Ramlee ye. Fuh, selamat sempat pegi diskusi dengan mata bengkak, hope tahi mata tak bertempek kat muka. Nani ngan Zie tak cakap pape, assumed tak ada la tuh.

Hurm, pelik, Aida tak dapat sense ke ada sedikit baur-baur sedikit menipu untuk cover malas pegi class bila dia tanya, 'tak sedar ke?' and myself jawab, 'ko kejut ke? tak .' Maaf je, bukan sengaja tuh, defense mechanism, haha. Agak pelik sebab, myself tak termasuk dalam kategori tidur mati macam Cik Rusa. Tuh memang tak tipu. Tampar sepuluh kali pon belum tentu bangun. Tapi tak tau nak cakap sebagai advantage ke tak, tak tidur mati ni (unless memang penat gila, tahap baru lepas panjat Gunung Everest tuh, koma jugalah).

Memang tahap mudah berjaga ni, tahap sensitif tersangat-sangat sampai if orang sebelah bilik bangun dari katil pon boleh sedar, orang bukak pintu apetah lagi, if duk umah lama dulu, Zahid memang bangun awal mandi, memang da terjaga at that time, saja malas bangun lagi. Sampai la semua orang da mandi, sayang nak tinggal selimut dan bantal. So, duduk bilik paling hujung berhadapan dengan jalan, ditambah sekelompok manusia tak tidur malam duk bersembang gelak ketawa di malam hari dan pagi buta, memang menambah ketensenan.

Time-time insomnia lagi parah, baru je rasa nak lelap pas subuh tuh, brommm brommm brommm, bunyi bajaj. Hadeh, tak leh salahkan bapak bajaj sebab itu kerja dia, keluar subuh-subuh cari rezeki. Kalau tidur petang, paling menyampah dengan orang datang hantar makanan. Lagi tensen, orang yang pesan, tak dengar-dengar, orang yang hantar makin kuat volume. Rasa nak terajang 2-2, tambah-tambah plak, bila myself terpaksa bangun tanya sape yang order tu. Terus mood tidur hilang. Bengang.

Tapi bukan setakat bunyi, if tidur ngan sape-sape, adik ke, kawan ke, dulu sebilik ngan Zahid ke, pantang orang sebelah bergerak sikit je. Sah, luas haaaa terbuka mata. Tidur ngan my youngest bro time kena baby sitting Najwa (mak Najwa aka my sis g kursus), merupakan trauma ngeri. Budak 13 tahun tak mature langsung dan perangai macam budak tadika ni, tiap-tiap 5 minit tukar posisi. Saba jela, kaki tangan memang semua da ke muka, nasib baik, tangan ku ini je tak singgah ke muka mu. Huh, saba.

Bunyi 'ting ting' tiap2 malam yang menandakan pukul berapa tuh pon, nak je simbah air kat orang tuh, dengan harapan tak buat da. Tapi tuh cam keje die je, ke saja suka-suka wat charity. 'ting ting ting' da pukul 3. Next one hour 'ting ting ting ting' da pukul 4. Pukul berapa nak tidur ni?

Nasib baik sekarang da tak panas (okeh, da masuk part menunjuk-nunjuk balik), if tak, lagi tak tenang nak tidur.




supikgf: nasib baik tak pernah dapat rummie kaki snooring dan mengingau.

2 comments:

NaNi said...

da lame org psg AC. HAHAHA! btw, listrik x mahal ke kt sne bile psg AC tuh?

supikgf said...

ini nak berlagak ngan orang y xpasang lagi la....

 

© 2009 sunex. Powered by Blogger
Design by eJoee BlogsTricks