Monday, January 18, 2010

SEPI

Assalamualaikum..

chewah, kali ni aku nak tukar selera sikit, asik cakap bahasa omputih je, dala xbape nak banyak vocab kan, hammer eh grammar pon lintang pukang macam lipas kudung (haa..kalu guna Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan ni kan ciap boleh letak simpulan bahasa dan peribahasa).

da lama aku tidak mengemaskini a.k.a update blog aku ni, terbiar macam lalang kat tepi umah aku sebab sume orang malas nak menebas/mencabut/meracun dan sewaktu dengannya pastu Abah bizi eh sibuk, susah betul nak kikis vocab2 yang da sebati dalam diri nih, ha tengok tuh vocab plak, tapi xkan nak letak kamus? Anak-anak Abah ni memang terkenal dengan kemalasan yang tiada bandingannya, kecian plak Abah dapat anak-anak macam nih. Ish ish ish, eh, lupe kena bagi sedikit kredit untuk kakak ku dan adik perempuan ku yang ringan tulang nih walaupun lemak banyak, haha, ops, terkutuk sedikit disitu, maafkan daku.

sepanjang ketidak-mengarang-nya aku dalam blog nih, macam2 hal da berlaku yang sememangnya sangat menarik dan wow, yang sepatutnya aku tulis sejak dulu lagi, tapi kerana post-oliday-and-exam-syndrome aka cik mal-las datang bertandang, idea yang bertimbun2 dalam otak nih ku karang dalam hati je, tidak dizahirkan. perghh, mantap jugak Bahasa Melayu aku memang patut dapat A1 SPM dulu. cikgu2 BM ku berbangga lah kamu kerana aku masih lagi menyanjung bahasa ibunda ini (padahal Bahasa Inggeris xberapa nak pandai).

seperti biasa lah aku akan meredeem (ha..yang nih aku memang xreti nak me-Melayu-kan perkataan nih, sesiapa nak tulun? eh tolong?) kemalasan yang lampau dengan menulis kembali cerita2 yang aku rasa cambest (peringatan! ini bahasa pasar, dilarang diguna dalam karangan) dalam hidup aku untuk tontonan umum. kalu korang rasa xbest jangan menyiksa batin dan raga anda untuk meneruskan pembacaan yang untuk hiburan semata2 ini.

owh, lupe nak bagitau, arini aku super-duper rajin (untuk memblog jela), sebab tuh la benda alah nih korang sume leh baca.

ok, nih belom habis, baca next post ye!!


0 comments:

 

© 2009 sunex. Powered by Blogger
Design by eJoee BlogsTricks