Wednesday, January 20, 2010
BOLEH KE TIDAK?
Salam sume,
Post kali nih aku nak berkongsi sedikit tentang modul baru yang aku tengah belaja sekarang which is Hukum, Agama dan Moral. Mesti korang wondering kan 'ape kaitannya?'
Nah, nih nak cite nih, modul nih actually bukan belaja agama seperti Islam, Katolik, Kristian, Hindu dan Buddha secara absolut (kan da terkeluar ke-indonesia-an dalam bahasa aku nih), just belaja prinsip dan pandangan setiap agama, hukum dan moral mengenai perkara2 tertentu yang mungkin akan dihadapi oleh seorang Doktor (insyaAllah aku lulus tanpa halangan nanti,hehehe). Contohnya, masalah aborsi aka pengguguran, transsexual, isu bayi tabung uji dan cloning.
Kirenya modul ini bagi panduan kat kite if tiba2 nanti kita berhadapan dengan masalah2 semua tuh, sebab xsemua agama melarang, ada yang ok, tapi ada yang tidak menggalakkan.
Tak sampai seminggu pon lagi belaja modul nih, tapi da banyak perkara yang sebenarnya kita rasa kita tau, tapi xtau, bila ditanya dalam diskusi. Hurm, contohnya, amalan oral dan analseks. Adakah islam dan agama lain membenarkan perlakuan ini? (sudah semestinya pasangan tersebut sudah menikah, kalu di luar pernikahan ko buat ape2 pon haram kan)
Begitu juga masalah dalam meminta izin isteri pertama untuk membolehkan si suami menikah lebih dari satu aka poligami. Dalam Islam, poligami dibenarkan selagi suami mampu dan boleh berlaku adil tapi agama lain seperti Kristian mempercayai dasar monogami dan seorang suami tidak boleh mempunyai isteri lebih dari satu.
Dalam surah An-Nisa' ayat 3 ada dinyatakan mengenai poligami atas dasar suami boleh berlaku adil (click here). Namun tidak dipersoalkan mengenai kewajiban atau keharusan meminta izin isteri yang lebih tua. Adakah meminta izin itu hanya sekadar dari segi hukum dan undang? atau memang dari segi agama juga harus meminta izin?
Contohnya begini, seorang pasangan suami isteri Pn.A dan En.B sudah bernikah selama 10 tahun dan mempunyai seorang anak berusia 8 tahun. Pn.A menghidap gangguan jiwa (skizofenia) sejak melahirkan anak, lantas dia diletakkan di rumah sakit jiwa. En.B kemudiannya bernikah dengan perempuan lain tanpa meminta izin Pn.A.
Persoalannya, dari segi agama, adakah sah pernikan tersebut? atau En. B hanya melanggar hukum dan undang2 sahaja kerana tidak memberitahu isterinya?
Aku pun xpasti, sama2lah kita bertanya pada yang lebih arif mengenai hal ini. Tapi yang pastinya, modul nih best gak la, berkembang pengetahuan sedikit sebanyak. Walaupun mungkin tak ada kaitan secara langsung dengan bidang yang aku ambil nih.
Semoga post aku kali nih juga dapat memberi sedikit info atau menyebabkan otak anda kering akibat diperah2, yela, asyik cite hiburan je, sekali sekala ape salahnya kan? Siapa2 ada pandangan dan komen amat dialu2kan, nanti boleh aku tanya time seminar, hehehe, sambil menyelam minum air sikit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment