Saturday, February 18, 2012

Gile penat

Semenjak aku oncall, selalunya aku 'wangi' je means tak pernah membawa patients. Aku bukanlah golongan yang ber'bau'. The first 3 times aku jaga, 'wangi' je, aman damai, bahagia je aku bersenang-senang. And baru-baru ni, tak banyak operation yang di scheduled kan. Dalam sehari ada 2 takpun 3 je operations. So memang santai (if doctor tak buat pop quiz tanya ko tetiba).

Tetiba time aku oncall 16/03 ritu tetiba berlambak-lambak operations time shift pagi ritu. Lepas habis satu, terus sambung masuk yang lain lak. Penat jugak even anestesi/bius tak belah-belah orang. Nak-nak takde kerusi, siyes nak patah kaki berdiri 5-6 operations.

Masuk shift ak oncall start kul 3 petang sampai kul 7 pagi, petang tu da menanti 1 cito aff plate (cabut besi sebab tulang patah) pukul 6 petang, 2 SC (C-Section) dengan kuret pukul 5 pagi. petang tu leh la rest jap. Pukul 5.30 ptg patient datang, kemain lama nak start sebab position dia prone, so nak atur position da satu hal.

Lam kepala da set ni, habis yang ni, nak turun pergi makan, sebab kat OT just sedia makanan untuk nurses and doctor je, kitorang ni kena pepandai lah.

Ku sangka panas sampai ke petang, sekali hujan di tengahari. Elok-elok je habis yang aff plate, dapat call cakap yang kul 5 pagi tadi nak buat sekarang sebab air ketuban orang tu da pecah, so kena belah sekarang. 3 patients sekaligus datang, gila hectic + da weng skit sebab lapar + penat + mengantuk.

Pukul 1 pagi baru siap sume operations, and time tu lah baru dapat turun cari makan. Nasib ada lagi makcik yang jual nasi goreng, tibai jelah. Kedai lain da tutup. Pukul 2 baru naik OT balik, siap-siap tidur sebab esoknya pukul 6 da ada another operation waiting. So, paling kul 5 takpun 5.30 da kena bangun. Time ni la jugak, aku susah nak tidur. Entah pkul bape baru aku terlelap aku pon tak tahu, tapi tetiba je aku dengar orang da azan subuh.




supikgf: paling tak suka jaga dengan orang 'bau'

Friday, February 17, 2012

papan catur

Ni lah jadwal jaga/oncall kitorang. Noted that i'm number 4 (tetiba cam iklan citer I Am Number 4 lak).


Korang boleh tengok sendiri start dari hari Jumaat minggu ke 2, aku oncall papan catur atau pun maksudnya selang sehari sekali. Sampailah hari Sabtu next week nya. Dan ini adalah jadwal ke-2 dah, jadwad first ritu 4 kali je aku direct papan catur, sekali bila wat jadwal baru makin bertambah. Eh?

Maka, aku pon meminta ehsan groupmate aku untuk tuka, so sekarang ni 3x je yang papan catur. Siyes aku rasa nak gile, rasa macam dah berkampung kat lam operation theater tu.






supikgf: tidur di lorong, da macam orang merempat je

Saturday, January 28, 2012

perfect hair


Aaaaaaaaa, been trying for ages to get this kind of perfect curl. Failed! Failed! Failed!

Nak kena beli curler yang diameter besar baru jadi cmni, aku ada yang kecik je. Uhuk.





supikgf: tetiba sedih sebab sekarang rambut pendek, ada curler pon takleh buat jugak

Thursday, January 26, 2012

ini bukan makanan


Siyes macam real je kan? Siap ada biji tembikai tu tak tahan. Slurpppp. Kalau time lapa ni mau jugak terliur, tapi awas, jangan cuba makan, nanti tercekik. Nanti jadi cam kucing si A. Hahahaha.

Nak tau kisah kucing si A tak?
Begini, kan ada keychain yang bentuk cam donut, cake, hotdog sume tu. Bau dia pon cam bau makanan jugak, so satu hari, si A ni pasan keychain donut (kalau tak salah) kat bag dia hilang, pastu tetiba nampak kucing dia cam tersedu-sedu ala-ala tercekik gitu. Rupa-rupanya dek kerana lapar, kucing tersebut telah tertipu dengan rupa keychain tersebut dan memakannya.

Kesian sungguh.





supikgf: cik A jangan marah ye saya citer pasal kucing anda

jujur

JAWAB SECARA SPONTAN dan JUJUR Pada diri sendiri :
Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :))
- jawab spontan, jangan byk berfikir, - baca satu demi satu, - concentrate! -

KITA MULA : permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 warna apa ?
2. Asap warna apa ?
3. Tisu warna apa ?
4. Lembu minum apa ?

(yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sbb lembu minum air..)

1. Rambut anda warna apa ?
2. Tulisan ini warnanya apa ?
3. Jalan raya warnanya apa ?
4. Kelawar tidurnya bila ?

(yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. sbb kelawar tidur siang hari)





supikgf: aku pon terkena, hahahahaha

Wednesday, January 25, 2012

life as a medical students









supikgf: Which one is you? Hahahaha





cute cute cute sesangat


Tapi sayangnya, aku camera pon takde, xleh la nak buat cmni jugak. Comel kan?




supikgf: kalau ada camera pon belum tentu boleh buat cmni

Tuesday, January 24, 2012

model burbberry

Siapa nak belanja aku beli coat Burbberry ni?

Teringat hari tu, aku jejalan sensorang g TA (first time jalan sensorang), masuk satu kedai ni. Berkenanlah kat satu jacket ni, siap try segala. Memang lawa lah, cutting pon ngam-ngam je ngan aku, bukan senang nak cari jacket yang fit ngan i yang petite nih *ahaks*.

Keluar fitting room aku tanya, aku warna lain tak? Sayangnya, salesboy tu cakap ada yang ni je. Last item size S. Aku pon dengan muka sedih "owh, takpelah".

Warna tu okay je sebenarnya, yang tak okay nya harga jacket tu. Hahaha. Rp 450k, melampau sangat. Cancel nak beli!





supikgf: seb bek memang takde warna lain, saje je taktik aku memang taknak beli

Monday, January 23, 2012

where is this?


MasyaAllah, lawa giler. Enuf said.





supikgf: location unknown

Sunday, January 22, 2012

picnik is closing

Oh no, picnik is closinggggggggggg. Takleh da la nak edit gamba nanti, sebab aku reti edit guna picnik je. Huwaaaaaaaa. Tapi yang bestnya, semua premium feature akan jadi free sampai la closing date nanti. Jom kita serangggg....




supikgf: tapi sekarang takde mud nak edit gamba, nantilah

peaceful sunday




supikgf: laying on bed all day long with no worries (mentang2 da minggu terakhir)

Saturday, January 21, 2012

baby v

Tau tak aku ni sebenarnya minat Vanessa Hudgens? Aku suka dia couple ngan Zac Efron, tapi itu semua tinggal sejarah da. V sekarang da couple dengan orang lain , Zac lak sekarang dengan anak Demi Moore dan Bruce Willis. Tak suka!

Papepun, aku nak share trailer movie terbaru V.




supikgf: beli Neutrogena semata-mata terpengaruh dengan Vanessa

Friday, January 20, 2012

DIY #1: no more serabut-ness




*gambar hiasan. erk*

Did u guys/girls having the same problem as i am?

Bilik berserabut dengan berbagai jenis charger ex: laptop lah, phone lah, modem segala, kipas lagi. Tak sedap mata memandang kan? Ceh.

Meh nak share idea cmne nak merapikan benda alah semua tadi tu supaya bilik kita nampak kemas sentiasa. *bajet bilik kemas, kakak aku baca ni, mau kena perli je*

1. Kotak misteri (baca dengan intonasi doraemon plis)

Dengan kotak misteri ni, bukan sahaja korang punya extension akan tersembunyi, malah secara tak langsung leh jadi accessories jugak. Beli je kotak kat kedai hadiah tu den buat lubang-lubang, takpun buat je sendiri kotak tu *kalau kretip lah*.


2. Terowong misteri

Cuba teka apekebenda nya benda di atas?
Salah!
Ini adalah urm, ape eh, ala, kalau beli tissue yang roll tu, kan dalam dia ada benda alah tu,
yang cam cylinder box tu, tau x?
Aku tak tahu nama dia apa.
Hahaha.
So, lepas ni, beli tissue roll/gulung tu bebanyak, abis tissue, simpan dia benda alah tu, da banyak nanti, leh buat tempat simpan cable or charger. Murah meriah. Aku kan da cakap aku suka benda murah. Nak cantik, leh kaler kan or decorate luaran dia, bagi nampak lagi fantastic!



Selamat mencuba!



supikgf: aku pun tak buat lagi, pandai share je

jalan pintas

There is no such thing as 'jalan pintas' to be successful okay people. Everything has a price that u need to pay.

Same goes to nak berjaya dalam hidup. Bukan nak mengata orang, ni pengalaman diri sendiri dan peringatan untuk diri sendiri jugak for future.

Selalu pikir nak business maju, tapi malas buat kerja. Idea kemain kebabom. Tapi setakat cakap jela, den lepas tu just sit and doing nothing as the gold gonna fall from sky.

Sama jugaklah time exam, nak dapat A, tapi warna buku pon tak ingat. Nampak sangat tak pernah sentuh pon. *oh, terkena ke muka sendiri*

Samaaaaa lah jugak, rajinnnnnnn je nak ikut ok/operation. Tapiiiiiiiiii malas nak follow up patient pre-op. Rajinnnnnnnnn nak ikut ok, tapiiiiiiiiii malas nak tulis laporan operasi/operation report.

Did u get what im trying to say?



supikgf: tak paham jugak, tak tahulah

Thursday, January 19, 2012

wardrobe wishlist #1

Salah satu azam 2012 aku adelah untuk mengurangi shopping online *sobs sobs* maka aku cam nak abadikan benda-benda yang aku rasa nak beli, tapi kena control diri dari TERbeli dengan simpan kat lam blog ni as kenangan.


1. Baju bunga ropol-ropol: aku rasa kalau buat skirt u matching ngan baju ni leh jadi baju kurung, tak gitu?


2. Aku suka beli kemeja, tapi aku jarang pakai, hahaha


3. See? Kemeja lagi, tapi siyes lawa giler yang ni


4. Bajet K-POP. Hahaha. Seriusly if Jakarta ni stok negara sejuk, da banyak coat-coat gini aku sapu licin kat kedai


5. I just love the color. Dont cha?

6. Da lama sangat teringin nak design gini, tapi asik beli yang design lain. Apakah masalah aku?


7. Oh well, a nude pump is a compulsory, just like a nude underwear and bra. Right ladies?


8. The list wont be complete w/o a handbag/clutch aite? Just love the snake-skin-texture, da pernah nak beli dedulu, den sold out. This one also sold out, i guess bukan aku sorang je yang suka. And it just rm45 people!!!


Well, semua barang-barang diatas price adalah below rm60/pc, aku kedekut, nak barang lawa tapi yang murah. Hahaha. So, aku boleh beli banyak. Ahaks.

*memendam rasa takleh beli, siapa nak belanja kecik tapak tangan, KLIA i tadahkan*




supikgf: all pictures credit to tuan empunya kedai, sengaja taknak mention or kasi link so that korang pon takleh beli, nanti aku jeles.

doctor THT buat surprise!

Kalau nak tau THT tu ape, sila berlari setempat sambil tutup mata ala-ala stepping point aka Fukuda test tu dulu.

Bagus kan aku menggalakkan korang bersenam?

Okaylah, THT tu stands for Telinga, Hidung & Tenggorok. Tenggorok? Yerp. First time dengar dulu pon aku cam takleh nak terima. Hahaha. Eh, motif tetiba gelak?

Ataupun korang lebih familiar dengan words ni ENT = Ear, Nose, & Tenggorok eh Throat. Tersasul.

Minggu ni minggu ke 4 dari 5 minggu u cycle THT ni, biasanya, kalau ikut cam yang lepas, biasa exam hari Jumaat or Sabtu minggu ke 4. Oleh sebab harini baru hari Rabu, so aku memang bersenang lenang, goyang kaki aka malas lagi nak study awal-awal, kang lupa. Rugi je.

Aku ni jenis esok exam, hari ni kita sumbat segala ilmu ke dada. Tapi korang janganlah mencontohi tabiat buruk aku ni.

So, cam biasa, malam tadi aku takleh nak tido langsung sampai la ke pagi. Aku cam bajet-bajet nak ponteng je keje harini, suh Dibah tolong sign kan (sila jangan contohi perangai buruk ini) sebab aku cam da weng cikit akibat tak tido 2 hari ni. Tapi cam teringat nanti ada case presentation, walaupun bukan aku yang present takutnya Dr. W perasaan. Dala garang kalau mood die tengah tak okay.

So aku pon gagahkan lah diri, mandi dan pergi keje jugak. Jadwal aku harini, kena ikut ok/operation. Bila da abis presentation tu, aku pon gerak la turun ke IBS (instalasi bedah sentral) aka surgery room. Tengah duk ikut Dr S nye ok, tetiba dapat sms dari dak group suh aku naik ke poli sebab aku tetiba ujian harini.

WHAT?

Pandai sungguh doc buat surprise!



supikgf: so korang perasan tak, aku banyak guna 'so' dan 'tapi'? Tapi tak kisah lah =p

Wednesday, January 18, 2012

bukan satu, tapi semua

Anda pernah buat salah satunya masa kecil:

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan dan ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4. Masa sekolah, ada orang bagi Milo free, lepas ambik sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambik air lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'V'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

credit to my FB's friend, got this from her. Walaupun lucu bila dipikirkan balik, tapi its TRUE!




supikgf: teringat beli buku y guna cam coupon tu, kita tanda dulu nak beli yang mana, nanti esoknya, orang tu datang jual, and also marker yang boleh tukar2 warna tu, oh i miss my childhood!

baru tahu

Acapan eh acap kali kita bila takde duit, kita akan dengan pantasnya call mak ayah mintak duit (bagi students macam kami lah). Mak ayah pon hulur la tanpa banyak protes demi anak tercinta. Kadang-kadang kita lupa, bukan senang nak cari duit ni. Tu korang lah, aku selalu ingat sebab aku bukan anak orang kaya. Motif?

Abaikan.

Time aku rajin business dulu, perghhh. Heaven. Nak shopping apa? Pantang ada cuti terus book ticket flight, tak cuti pon aku buat-buat cuti. Hahaha. Abah sampai heran (padahal bersyukur) kenapa anak dia da tak mintak duit.

So, ada satu saat dan ketika tu, BB baru nak up gitu, so nak la beli. Alasan sebab business memula, kononnya, sebab partner in crime eh in business merangkap boifren tersayang duk Malaysia. So senang nak communicate. Kononnya.

First time keluar kan cash $$$ nak gi beli BB nih, untuk diri sendiri dan si dia. Laki aku (in future insyaAllah) pulak yang gelabah ngan cuak.

B: "betul ke nak beli ni?"

A: "betul la"

B: "sayanglah pulak rasa kat duit ni"

A: "alaaa, nanti sama je kalau kita guna u benda lain y kecik-kecik, nanti abis cmtu je. Hasil tak nampak pon"

Manusia A cuba (konon) berfikiran jauh dan rational.

B: "sayangnya, sebab sikit-sikit kumpul, pastu sekarang nak abiskan semua"


See, bila itu hasil titik peluh sendiri, baru kita tau, betapa besarnya nilai 10 sen.




supikgf: its a good move btw for us to buy BBs, im pretty sure it wont last either in bank, hahaha

insomnia attack (again!)

Well, bout 10 minutes ago, melimpah ruah idea nak berblogging, setelah tuan empunya badan bersusah payah bangun, on laptop, on wifi yang cam chipsmore (kejap ada kejap tak ada) sampailah da boleh online ni, in just one snap, hilang entah kemana apa yang nak ditulis. *menyakitkan hati sungguh*

**baca TL twitter jap, sebab tadi active bertweet tu muncul idea nak blogging**

Aha. Da ingat da. Kahkahkahkah. *okay, tak lawak*

Baru je bulan November hari tu aku celebrated birthday (amaran ini bukan nak promote birthday), so tahun ni, even lambat lagi birthday aku, secara unofficial, umur da 18 tahun.

Eh, typo. 24 tahun.

So, tengah duk tergolek kiri-kanan, takleh nak tido, this one question came across my mind.

"Ko da nak 24 tahun, apa yang ko da achieve hah?"

Monolog dalaman.

Kawan-kawan yang lain da kerja, da boleh beli kereta sendiri, maybe da ada yang mampu beli rumah sendiri, beli anak dara orang (eh, nikah maksudnya). Ada yang da mampu beli susu anak da (metafor untuk orang yang ada anak).

Aku?
Makan + minum + belajar pon pinjam duit orang (MARA) dengan duit mak bapak lagi. Oh, tidak dilupa jasa kekasih tercinta. Hehehe. Dulu jela, time aktif ber-business merasa jugak beli Blackberry (bukan buah) guna duit sendiri.

Da lama aku tinggal kan alam business sebab busy (read LAZY). So tahun 2012 ni, aku rasa, i gotta do something! Cewah. Banyak sebenarnya yang aku plan, tapi tulah sebab busy *cough* makanya, apa yang dirancang tu tinggal perancangan jela. Tak jadi apa pun. Kena rajin + bersungguh-sungguh sikit je nak realisasikan benda ni semua. Harap nya semua perancangan ni akan menjadi kenyataan, dengan izin-Nya.

Tapi takleh la nak reveal lagi, apa plan aku, nanti kang, gebang je lebih, tapi tak jadi. Kang yang malu, aku jugak. Hahaha. Korang berdoa lah menjadi ye.




supikgf: semoga umur Mek diperpanjang sehingga saat itu

Tuesday, January 3, 2012

02012012

"we gotta do something silly now, so we have something to laugh about in future"
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, January 1, 2012

HNY

Berdentum-dentum dengar bunyi bunga api dari pukul 7 malam lagi, ni baru habis. Takut pon ada, rasa cam dekat gegile bunyi. Btw, Happy New Year to all. Semoga tahun baru ini kita semua akan menjadi insan yang lebih baik dari semua segi.

Kepada kawan-kawan yang jaga/on call kat ugd/emergency malam ni, sure havoc kan? hahaha


supikgf: celebrate new year depan laptop dengan yong hwa dan park shin hye ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4
 

© 2009 sunex. Powered by Blogger
Design by eJoee BlogsTricks