Monday, May 16, 2011

selamat pagi cekgu!

Sempena dengan Hari Guru ni, kena lah buat cerita berkaitan dengan kisah cekgu kan?

Eh, sebelum tu, nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang secara langsung mahupun tidak langsung mengajar diri ini, sehingga menjadi apa yang aku jadi hari ini.

Kepada cekgu tadika Kemas, walaupun aku pergi tadika tak sampai sebulan, pastu taknak pergi da. Sijil tadika pon takde. Cekgu-cekgu Sek. Keb Jeli 2 yang susah payah ajar aku dari tak kenal a,b,c tak pandai mengira, membaca sampai dapat 5A's UPSR. Cekgu-cekgu Sek. Men Keb Jeli, Sek. Men. Ahmad Maher, walaupun kita mungkin berjumpa time minggu orientasi je. Cekgu-cekgu MRSM Gerik dan MRSM PC yang sememangnya tak habis kalau nak tulis jasa-jasa. Dan kawan-kawan, umi abah, semua yang tolong beri tunjuk ajar. Kerana anda saya disini.

Tetiba teringat satu sajak A. Samad Said kalau tak silap pasal guru ni. Sebab dulu aku pernah hafal nak baca sempena Hari Guru time darjah 4, tetiba cekgu tak panggil aku. Kecewa. Penat aku hafal, siap menghayati lagi.

Berbalik cerita yang aku nak cerita, al-kisahnya, cuti kali ni, makcik-makcik area rumah aku beriya-iya nak suruh aku tolong mengajar tuition untuk anak-anak diorang. Bang bung kebabom, maka, jadilah aku cekgu tuition tak bertauliah sekejap.

Aku ajar english je, subject lain aku malas nak baca balik. Hakhak. Ada 2 slot, petang untuk dak sekolah rendah (UPSR), malam untuk budak2 SPM. Haa, jangan set lam kepala korang 'perghh, mesti terer english ni'.




Jangan!


Sebab nya aku cecukup makan je, aku hentam je ajar pe yang tetiba terlintas lam kepala aku. Bukan ada degree ambik teaching pe pon, da kata orang request kan? Da gtau awal-awal, aku bukan cekgu, ajar gitu-gitu boleh la.

Ada la dalam 5 orang setiap slot tu bebudak datang. Kadang-kadang tengah mengajar tu, terfikir jugak, aku darjah 6 dulu, takde nye se-terer cam diorang. Kalau nak bandingkan diorang darjah 6 ngan aku masa darjah 6 dulu, jauh la tertinggal aku. Bebudak sekarang memang da semakin pandai. Selamat aku lahir awal, tak berapa pandai dedulu pon, da kire pandai. Hahaha.

Okay, sila tepuk tangan sebab cerita da habis.










supikgf: apa slogan hari guru tahun ni eh?

1 comments:

ctek8 said...

slogan die: Guru penjana transformasi pendidikan negara.. wpun dah ckp kat twitter, nak komen gak kat sini..ha3

 

© 2009 sunex. Powered by Blogger
Design by eJoee BlogsTricks