Tuesday, January 25, 2011

mari mengundi



Balik-balik tadi, macam biasa check page CST sebab tak sabar da nak tunggu pihak penaja umumkan cara untuk voting. Mana la tau rezeki boleh tunang free (eh, yang lain kena bayar jugak) aku tahun ni kan?

Senang je caranya, korang pergi kat blog CST (click to view) ni. Nanti kuar macam ni.



Korang scroll down, lagi, lagi, lagi, sampai korang jumpa num. 140. Diulangi 140. Sila click 'LIKE'.


140 tau, korang undi aku tau (jangan undi orang lain, hahaha).


Apa-apa pon, doa jela kat Tuhan semoga murah rezeki. Kan?




supikgf: hope CST dan Datuk Linda pon suka, sebab 50% juri, 50% vote pembaca.

Monday, January 24, 2011

berangan itu perlu


Da lama tak main benda alah ni buat anak. Dulu selalu la buat, biasa la, excited! Pastu bila da bosan, tak main da.

2-3 hari lepas, entah camne, aku leh teringat balik benda alah ni. Dan tetiba excited balik nak buat anak. Hahaha.

Korang nak buat jugak?

Nah link, Morphthing.

Ye, nak buat anak pergi link tu. Ha, pikir bukan-bukan la tu.

Meh tengok hasil anak aku, lupa nak print screen sepanjang proses buat anak. Tapi, bukan aku yang buat pon, aku paksa laki aku buat. Hahaha.

Kejam.

Eh, lupa, jom tengok anak.



Ni, sah-sah anak aku, kan?



*setelah hasil keluar, si Daddy pon tunjuklah gambar ini kepada kakak beliau

si Daddy: Kak wani, tengok ni gambar anak Abe (mungkin lah begini ayat nya, kurang lebih, halal lah)

Kak wani: Abe pasti ke tu anak Abe?


Hahaha. Ops, terlebeh sudah.

Aku saja letak dalam blog, kang, kuar anak aku betul-betul sok, tengok, sama ke tak.







supikgf: kesedaran da da, tapi salah bertindak, berblogging pulak aku.

Sunday, January 23, 2011

maybe its make up

Pernah dengar tak ayat ni?

Maybe she's born with it, maybe its Maybelline.

Tetiba lak wat iklan Myabelline free, kalau ambik aku jadi duta ye jugak.

Okay, ayuh ke main point. Main point nya, make up tuh boleh mengubah anda. Jangan mudah terpedaya dengan awek-awek korea yang comel-comel tu, sebab mungkin she's born with it, maybe she know how to using a make up.



THE POWER OF MAKE UP!



Tapi apa-apa pon, the real beauty not only from the outside, it also come from the inside. Kan?

Aku bukan nak kata burukkan orang yang pakai make up, aku pon pakai kekadang, just nak share ngan korang, if korang betul-betul tau technique make up, fuyoooooo. Yang da cun makin cun lah. Hahaha.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Apa-apa pun, aku bersyukur.




supikgf: motif bersyukur?

Tuesday, January 18, 2011

panas: bakal bertunang pada tahun 2011


Untuk merealisasikan angan-angan tersebut, maka aku decide nak join contest ni organized by CST dan Linda Rahim (click to view). Awal January lagi aku da terbaca pasal contest ni, tapi al-maklumlah, busy, last-last minute ni, esok lusa nak close baru aku nak send entry ni, hope masih tidak terlambat.Ada 2 tajuk pilihan:

a) My Dreams Love Story
- sangat menarik, sebab aku memula nak cerita kisah benar percintaan Sunex & Supik, tapi sebab aku rasa aku bakal citer every details dengan detail nya, berkemungkinan besar akan tersangat lah panjang, nanti korang penat.

b) My Dreams Wedding
- walaupun lambat lagi (belajar pon belum abes, adeh) tapi aku memang suka berangan pasal ni. Bukan aku je, semua perempuan baya aku pon, comfirmlah. Jangan nak deny.

So, marilah berangan-angan bersama.

Setakat ni aku baca yang peserta lain, semua wow-wow jugak, lengkap every details dari invitation card sampai lah ke door gift segala. Memula, aku nak wat cmtu jugak, tapi honestly biasanya (berangan da jadi habit) bila aku berangan, takde semua benda alah tu. So, aku decided tulis memang apa je yang aku duk angankan jela.

Akad nikah semua, aku tak pikir sangat, tapi aku nak buat kat rumah je kut. Dan yang paling penting, aku nak abah yang shake tangan bakal suami aku dan nikahkan kitorang, kakak aku dulu tok imam wakilkan. Kali ni bagi abah aku rasa pulak.

Part yang aku tak sabar, acara potong cake. Ya, acara potong cake, bukan malam pertama ye. Hahaha. Dulu time sekolah, aku tengok kat tv time Aidid dengan Norzie kahwin. Bestla diorang tv3 sponsor, start time tuh la, aku suka berangan, khusus part potong cake ni. Hahaha.


Venue?

Ada satu kawasan perumahan untuk pekerja TNB (tenaga nasional berhad) kat kampung aku. Dulu aku ada kawan kat situ, selalu jugak pergi umah dia, sebab ada swimming pool. Haha. Aku pernah cakap nanti aku kawen nak buat kat sini la, sebab kawan aku time tu bapak dia bos TNB. Mungkin boleh dapat free sewa tempat. Mungkin.

Aha, ni ilham untuk tempat letak hadiah. Makna nya korang wajib bawak hadiah nanti.



Yang bagusnya, tempat ni bukan hanya kawasan perumahan dan fasilitas lain je, siap ada resort/chalet. Belakang tu ada tempat main golf. So, sesuailah nanti family besar dan rombongan lelaki da ada tempat untuk stay.


Kawasan yang aku nak wat tu, kat pool tu, depan dia ada stage, kanan ada restaurant, kiri mini cafe sekali tempat karaoke, entrance dia lawa, ada mini hall dan juga bilik VIP. Aha, time aku darjah 6, Tomok pernah datang stay sini, tak caya, pergi tanya dia.





What to wear?

Agak selfish bila ke part ni, sebab aku bayangkan diri aku je pakai apa. Hahah. Sorry B. Biasa aku bayang hubby aku pakai tuxedo or sewaktu dengannya. Dulu, aku nak pakai ala-ala Cinderella.

Tapi as time goes by, aku tertarik dengan style Greek Goddes.



But, perhaps i can get them both. Boleh kan B? Hahaha.

If korang curious nak tahu ilham baju akad nikah aku (padahal gedik nak gitau), aku minat karya Rizalman ni. Hambik kau, nak yang designer aje.

Pastu kita touch up ala-ala Arab sikit.




Ring?

I love my couple ring! So, nanti pon nak kekalkan indentiti tu. Sebijik macam ni, minus the diamond.
yang tengah tu boleh putar-putar tau



Deco?

Lots and lots of white rose. Kalau bajet cukup, aku nak real flowers. Amboi berangan kan, tak agak-agak. Ala-ala garden la jugak, tapi nak simple, but nice. Sedap mata memandang, tak serabut.


Tapi.....macam lawa pulak combine dengan warna-warna ni.

Kan?

Part yang dinanti-nanti (muka excited), aku sangat-sangat nak floor tuh nanti ada asap-asap (ala, macam lam tv tuh). Ala-ala berjalan atas awan gitu nanti.

Dan honestly, gambar pasal benda alah ni yang paling susah nak cari sebab aku tak tahu pekejedah orang panggil.

Pastu (lagi sekali muka excited, rasa nak melompat) nak ada this bubbles berterbangan (betul ke ayat aku ni?) sepanjang majlis potong cake berlangsung. Oh, tersangat fairytale. Well, Miss Fairytale 2005 layak nak merasa dalam real life even sekejap.

Suka, suka, suka.

Adik-adik, kazen-kazen, sedara, jangan risau, saya guna yang machine nya, jadi anda tak perlu susah payah nak meniup. Hahaha.



Hurm, if ada balloons pon best.

Nak lah. Tetiba.

Cakk!

Memula balloons kat katil, tetiba ada budak keluar dari balloons. Motif?

Oh, nasib baik budak tu cute. Hahaha.



Walking under swords?

Walaupun, bakal suami tidak ada kena mengena langsung dengan angkatan tentera darat/laut mahupun polis, tapi teringin nak merasa jalan bawah pedang. Hahaha. Adakah bakal suami perlu tukar profession? Atau tukar je bakal suami?
Hahaha, kedua-dua nya tidak. Kita upah jela orang, boleh kan?


Acara melepaskan burung merpati juga agak menarik, tapi boleh berubah jadi tragedy if burung tersebut berak. Hahaha.





Cake?

Ni pernah aku tulis dalam notes kat FB, aku nak 7 tingkat.


Toppers orang selalu letak mini couple in wedding dress gitu kan? Aku taknak lah, camni cukup.

or


Wedding cake Elyana cantik!





Font size
Transport?


Nak naik ni dari rumah, mungkin akan memerlukan bantuan polis setempat untuk menjaga traffic. Jangan ada yang treat nak baling telur sudah. Hahaha.

Pastu, abis majlis, jom kita ronda-ronda kampung dulu.




Melampau.

Lagi satu, nak buat post wedding photography cam Adam's couple.

Vespa mempunyai sejarah tersendiri sepanjang our relationship.


Mungkin biasa, mungkin tak wow bagi korang, tapi aku nak jugak. Aku yang nak kawen kan, suka hati lah aku buat macam ni, hahaha. Tapi aku mungkin tak fikir se-details macam peserta lain, so mungkin inilah masanya untuk buat scrap book pasal my wedding dream.



Sekian.


Hope korang semua tak bosan membaca, dan sudi vote, sebab hadiah yang organizers ni offer, sangatlah best wa cakap lu! Tak tipu punya. So, sila pakat undi, if menang, aku nak guna hadiah tu untuk majlis pertunangan aku. Sebab hadiah valid sampai Januari 2012 je, so kena la tunang tahun ni kan?

Ayuh vote supaya aku boleh bertunang cepat-cepat. Ewah, gediks.

Love to our organizers:



Tuan punya badan punya la jual kasut online kan, maka tak sah entry ini tanpa gambar kasut idaman.



Christian Louboutin.



p/s: J-Lo siap ada lagu lagi tau pasal designer ni.

UPDATED: untuk vote, boleh click CST, tekan 'LIKE' num 140. Jangan lupa ya 140. =)
 

© 2009 sunex. Powered by Blogger
Design by eJoee BlogsTricks