Sering terlepas musim buah. Maybe lah time duk kat MRSM dulu, boleh lah family datang kan time weekends sebab anak tiap-tiap malam call asik tanya pasal buah apa je ada kat rumah, berapa guni, sedap ke tak dan sebagainya. Tak sampai hati tengok anak kempunan sangat, datanglah melawat sambil bawak buah-buah. Pernah jugak abah aku pos sekotak buah manggis time aku duk MRSM Gerik dulu.
Da besar sikit, da masuk u, sebutan yu, atau panjangnya universiti, da pandai pergi beli sendiri je kat supermarket. Duit pon da banyak sikit kan, harga pon standard2 lah, sebab duk Malaysia lagi. Tapi setakat buah rambutan aku beli lah, durian tak pernah lagi, tak kuasa aku nak pegang, ngan duri2 nya, ngan nak kena kopek lagi. (peringatan kopek disini adalah verb bukan noun ye).
Bila jejak je kaki kat Jakarta ni. Pasrah jela, bila musim buah berlalu begitu saja. Ayah aku bukan tokey Mas ke AirAsia, tiap kali musim buah nak datang hantar. Dan juga bukan tokey PosMalaysia mahupun Skynet nak pos berkotak2 buah. Haha. Tinggal option terakhir, beli sendiri.
Which is tak sanggup sebab harga 3 ulas durian kat sini sama dengan sebakul durian kat Malaysia. Aku pernah tulis pasal ni kan?
Ehhhh, aku da melalut, aku nak tunjuk ni je sebenarnya, Pancake Durian.
Walaupun mahal, aku pejam mata je bayar sebab da kempunan kauu da berapa tahun aku tak makan.
supikgf: 2 ketul tuh rm10 tau..bankrup kalu hari2 beli
1 comments:
cehhh.. ak mau juga... tp malas nk ke ta.. cp lebih mudah.. huahuahua
mau3!!!
Post a Comment