Aku rasa aku ni tak de la terer bab agama ni, boleh dikatakan agak jahil sebenarnya nak dibandingkan dengan orang lain, tapi bila aku mengalami situasi ni (beberapa kali) aku rasa nak rampas mic dari pak imam, bagi ceramah agama free ala-ala Al-Kulliyah je.
Okey la, korang mesti blur kan, apa yang aku cuba sampaikan, secara kasarnya, takde la lain benar cara mereka, cuma ada 1-2 perkara yang aku rasa benda tu vital, tapi orang kat sini tak endah.
Nak start dengan y paling dasat ke yang biasa ke? Nak start dengan biasa-biasa dulu supaya tak terkejut?
Aku start ngan biasa-biasa jela dulu ye? Terima jela.
1. Telekung berwarna-warni. Ni aku rasa, ramai da yang tau kut if selalu tengok sinetron atau datang Jakarta (or Indonesia). Yang berwarna tu bukan coraknya macam anda dan mak saya pakai, tapi memang kain tu berwarna. Saya tak sure dulu ustazah saya cakap kain untuk ibadah kena warna putih ke x, tapi yang penting bersih. Tapi still, awal-awal datang dulu, saya kaget (ewah) tengok orang solat dengan telekung dengan warna pink, hijau, brown. Pelangi kan ada tujuh warna (tiba-tiba je statement).
2. Tak berdoa/ tadah tangan aminkan doa. Lets think positive, mungkin mereka nak cepat. Tapi saya ingat lagi, dengar ada ustaz cakap lam radio (teng teng teng, radio apekah y aku dengar?) cakap, manusia yang paling kedekut adalah manusia yang tidak berdoa pada Allah, sedangkan, kita nak meminta dengan-Nya. Tapi saya tetap nak pikir negative, sebab saya tengok kat surau/masjid pon mereka tak tadah tangan. Apetah lagi, bila solat di Fk, saya tengok lepas bagi salam, terus bangun, tak berdoa pon. Tak panjang pon xpe, asal berdoa, macam saya yang tak berapa nak alim ni.
Okay, meh kita masuk ke part yang agak dasat menurut aku la. If korang rasa biasa, terpulang. Ini luahan aku, ok? Bukan forum agama diingatkan
3. Jemaah perempuan angkat takbir besar-besar (macam lelaki). Setahu saya la, maaf jika salah, perempuan nak angkat takbir, kecik je, ketiak tak leh bukak pon, tapi sesetengah tu, ada yang kalah Imam kat Mekah gayanya. Hurm.
Yang ini, paling aku panas.
4. Tak rapatkan saf. Saya nak tanya sikit pada yang pakar, bukan ke if berjemaah kena rapatkan saf? Jangan bagi terputus? Dulu time kat MRSM, walaupun saya panas (adjective) tapi saya tak kisah, asal tak ada setan antara saya dan jemaah kiri dan kanan. Ni bukan kata setan, satu famili haa muat duk antara saya ngan ada seorang hamba Allah ni time sembahyang terawih tadi. Kalu hitung ngan bilangan manusia, ada lam 3 orang. Ruang itu, dibiarkan kosong, tak berganjak pon, mendekati saya untuk merapatkan saf.
Mungkin salah satu faktor predisposisi nya adalah mereka mengamalkan kepercayaan, 1 sejadah, 1 manusia. Sejadah aku, sejadah aku, sejadah kau, sejadah kau, jangan ko nak masuk part sejadah aku. Sejadah aku lebih masuk territory kau pon, ko tempis. Masya-Allah. Sejadah tu rasanya untuk lapik/alas kita solat je, xkisah la if nanti nak rapatkan saf, aku masuk sejadah kau, kau terpaksa sujud atas sejadah orang lain. Yang penting apa yang ko sembah tu je. Kan aku da emosi.
Macam tadi la, gara-gara nak suh mereka isi tempat kosong antara saya dan hamba Allah ni, kami da lipat balik 2 sejadah. Mula-mula 1, pastu ad la sorang ni naik, hampar sejadah dia kat runag kosong tu. tapi sebab sejadah kami besar-besar, so bila bangun nak solat, rapat-rapat, ada la lagi ruangan/gap. Hamba Allah ni stay tak bergerak dari sejadah dia.
Saya abaikan jela sebab, mungkin tak besar sangat gap tersebut. Time nak solat terawih, kami sengaja rapat-rapat lagi, nak lipat lagi 1 sejadah, dengan harapan, hamba Allah ni bergerak la, rapatkan saf sekali dengan sejadah dia, da tak nak guna sejadah kitaorang. Tapi saba jela, tak bergerak juga, dan tak ada jemaah dari baris belakang yang naik isikan ruangan kosong yang saya rasa letak anak gajah seekor pon muat.
Memang sebesar itu gap nya, saya tak exaggerate okay. Kan da terputus saf nya tu, saya tak sure la sah ke tak, orang yang terputus dari saf sebab macam saya cakap tadi, saya agak jahil. Yang saya tahu, ustaz saya cakap, if berjemaah, seelok-eloknya bila kita solat tu, siku kita tersentuh siku orang sebelah kiri dan kanan.
Saya rasa kecewa dengan sikap mereka ini.
see, im not kidding pasal tak rapatkan saf tu and also konsep 1 sejadah 1 manusia. Ada telekung warna hijau if sape-sape yang x penah tengok. Gamba hiasan ni cukup pakej untuk dijadikan contoh. Amaran, gamba ini, bukan kejadian tadi.
Belum masuk part imam baca Al-Fatihah tak sampai 5 saat. Imam kut, saya yang jahil ni pon walaupun xsempurna, tapi cuba sesempurna mungkin baca ikut tajwid dan harakat yang betul. Da kalu 5 saat, bismillah pon nyaris la sempat baca.
Walaupun saya akui, saya agak tensen bila imam baca terlampau lama, sampai kaki da menggeletar dan kesemutan, sampai fikiran saya da melayang-layang, tapi saya tak harapkan, Aerobus jadi imam saya. Sekian.
Saya menulis hanya kerana saya bengang dan tensen, bukan untuk menghina atau memperlekah orang lain, kerana saya sedar saya pon berjuta buat benda salah. Cuma, moga-moga kita dapat sama memperbaiki diri.
supikgf: yang salah harap sama-sama diperbetulkan
2 comments:
utk negara yg ramai umat islam mcm indon tuh dan negara arab, dorang byk mazhab. yg puak ni guna mazhab ni..puak tu guna mazhab tu. so, dorg mmg ikot mazhab dorang. kalo ko pegi negara arab..mesti ko lg terkejut. dorang solat mmg tak pakai telekung which is biasa la kan kite tgk. dorang pakai jubah. oke bleh terima lg. tp ade yg solat (pompuan) pakai t-shirt ketat..pendek..dengan skirt maxi labuh which is bontot x tutup dgn baju yg labuh. bg dorang boleh..bg kita tak boleh.
ade lg..kalo tgk dorang amek wuduk..dorang basuh sikit2 je..ala kadar. asal basah sudah. kita kne amek btul2 smpai basah semua anggota, baru sah. dorg takpe.
balik dorang plak yg pelik tgk kita solat. dorang kate cara kita salah. cara dorang btul. so, kita takleh nak kata cara dorang salah. sbb dorang mungkin pengikut mazhab lain selain syafie. cara org islam solat dlm dunia ni semua berbeza. yg penting niat dan sah.
ade je lg yg pelik. ni beberapa je.
sekian..HAHAHA! ulasan dr ustajah bahiyah.
panjang sungguh comment ustazah, mekasih, hehehe
Post a Comment