Thursday, January 19, 2012

wardrobe wishlist #1

Salah satu azam 2012 aku adelah untuk mengurangi shopping online *sobs sobs* maka aku cam nak abadikan benda-benda yang aku rasa nak beli, tapi kena control diri dari TERbeli dengan simpan kat lam blog ni as kenangan.


1. Baju bunga ropol-ropol: aku rasa kalau buat skirt u matching ngan baju ni leh jadi baju kurung, tak gitu?


2. Aku suka beli kemeja, tapi aku jarang pakai, hahaha


3. See? Kemeja lagi, tapi siyes lawa giler yang ni


4. Bajet K-POP. Hahaha. Seriusly if Jakarta ni stok negara sejuk, da banyak coat-coat gini aku sapu licin kat kedai


5. I just love the color. Dont cha?

6. Da lama sangat teringin nak design gini, tapi asik beli yang design lain. Apakah masalah aku?


7. Oh well, a nude pump is a compulsory, just like a nude underwear and bra. Right ladies?


8. The list wont be complete w/o a handbag/clutch aite? Just love the snake-skin-texture, da pernah nak beli dedulu, den sold out. This one also sold out, i guess bukan aku sorang je yang suka. And it just rm45 people!!!


Well, semua barang-barang diatas price adalah below rm60/pc, aku kedekut, nak barang lawa tapi yang murah. Hahaha. So, aku boleh beli banyak. Ahaks.

*memendam rasa takleh beli, siapa nak belanja kecik tapak tangan, KLIA i tadahkan*




supikgf: all pictures credit to tuan empunya kedai, sengaja taknak mention or kasi link so that korang pon takleh beli, nanti aku jeles.

doctor THT buat surprise!

Kalau nak tau THT tu ape, sila berlari setempat sambil tutup mata ala-ala stepping point aka Fukuda test tu dulu.

Bagus kan aku menggalakkan korang bersenam?

Okaylah, THT tu stands for Telinga, Hidung & Tenggorok. Tenggorok? Yerp. First time dengar dulu pon aku cam takleh nak terima. Hahaha. Eh, motif tetiba gelak?

Ataupun korang lebih familiar dengan words ni ENT = Ear, Nose, & Tenggorok eh Throat. Tersasul.

Minggu ni minggu ke 4 dari 5 minggu u cycle THT ni, biasanya, kalau ikut cam yang lepas, biasa exam hari Jumaat or Sabtu minggu ke 4. Oleh sebab harini baru hari Rabu, so aku memang bersenang lenang, goyang kaki aka malas lagi nak study awal-awal, kang lupa. Rugi je.

Aku ni jenis esok exam, hari ni kita sumbat segala ilmu ke dada. Tapi korang janganlah mencontohi tabiat buruk aku ni.

So, cam biasa, malam tadi aku takleh nak tido langsung sampai la ke pagi. Aku cam bajet-bajet nak ponteng je keje harini, suh Dibah tolong sign kan (sila jangan contohi perangai buruk ini) sebab aku cam da weng cikit akibat tak tido 2 hari ni. Tapi cam teringat nanti ada case presentation, walaupun bukan aku yang present takutnya Dr. W perasaan. Dala garang kalau mood die tengah tak okay.

So aku pon gagahkan lah diri, mandi dan pergi keje jugak. Jadwal aku harini, kena ikut ok/operation. Bila da abis presentation tu, aku pon gerak la turun ke IBS (instalasi bedah sentral) aka surgery room. Tengah duk ikut Dr S nye ok, tetiba dapat sms dari dak group suh aku naik ke poli sebab aku tetiba ujian harini.

WHAT?

Pandai sungguh doc buat surprise!



supikgf: so korang perasan tak, aku banyak guna 'so' dan 'tapi'? Tapi tak kisah lah =p

Wednesday, January 18, 2012

bukan satu, tapi semua

Anda pernah buat salah satunya masa kecil:

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan dan ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4. Masa sekolah, ada orang bagi Milo free, lepas ambik sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambik air lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'V'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.

credit to my FB's friend, got this from her. Walaupun lucu bila dipikirkan balik, tapi its TRUE!




supikgf: teringat beli buku y guna cam coupon tu, kita tanda dulu nak beli yang mana, nanti esoknya, orang tu datang jual, and also marker yang boleh tukar2 warna tu, oh i miss my childhood!

baru tahu

Acapan eh acap kali kita bila takde duit, kita akan dengan pantasnya call mak ayah mintak duit (bagi students macam kami lah). Mak ayah pon hulur la tanpa banyak protes demi anak tercinta. Kadang-kadang kita lupa, bukan senang nak cari duit ni. Tu korang lah, aku selalu ingat sebab aku bukan anak orang kaya. Motif?

Abaikan.

Time aku rajin business dulu, perghhh. Heaven. Nak shopping apa? Pantang ada cuti terus book ticket flight, tak cuti pon aku buat-buat cuti. Hahaha. Abah sampai heran (padahal bersyukur) kenapa anak dia da tak mintak duit.

So, ada satu saat dan ketika tu, BB baru nak up gitu, so nak la beli. Alasan sebab business memula, kononnya, sebab partner in crime eh in business merangkap boifren tersayang duk Malaysia. So senang nak communicate. Kononnya.

First time keluar kan cash $$$ nak gi beli BB nih, untuk diri sendiri dan si dia. Laki aku (in future insyaAllah) pulak yang gelabah ngan cuak.

B: "betul ke nak beli ni?"

A: "betul la"

B: "sayanglah pulak rasa kat duit ni"

A: "alaaa, nanti sama je kalau kita guna u benda lain y kecik-kecik, nanti abis cmtu je. Hasil tak nampak pon"

Manusia A cuba (konon) berfikiran jauh dan rational.

B: "sayangnya, sebab sikit-sikit kumpul, pastu sekarang nak abiskan semua"


See, bila itu hasil titik peluh sendiri, baru kita tau, betapa besarnya nilai 10 sen.




supikgf: its a good move btw for us to buy BBs, im pretty sure it wont last either in bank, hahaha

insomnia attack (again!)

Well, bout 10 minutes ago, melimpah ruah idea nak berblogging, setelah tuan empunya badan bersusah payah bangun, on laptop, on wifi yang cam chipsmore (kejap ada kejap tak ada) sampailah da boleh online ni, in just one snap, hilang entah kemana apa yang nak ditulis. *menyakitkan hati sungguh*

**baca TL twitter jap, sebab tadi active bertweet tu muncul idea nak blogging**

Aha. Da ingat da. Kahkahkahkah. *okay, tak lawak*

Baru je bulan November hari tu aku celebrated birthday (amaran ini bukan nak promote birthday), so tahun ni, even lambat lagi birthday aku, secara unofficial, umur da 18 tahun.

Eh, typo. 24 tahun.

So, tengah duk tergolek kiri-kanan, takleh nak tido, this one question came across my mind.

"Ko da nak 24 tahun, apa yang ko da achieve hah?"

Monolog dalaman.

Kawan-kawan yang lain da kerja, da boleh beli kereta sendiri, maybe da ada yang mampu beli rumah sendiri, beli anak dara orang (eh, nikah maksudnya). Ada yang da mampu beli susu anak da (metafor untuk orang yang ada anak).

Aku?
Makan + minum + belajar pon pinjam duit orang (MARA) dengan duit mak bapak lagi. Oh, tidak dilupa jasa kekasih tercinta. Hehehe. Dulu jela, time aktif ber-business merasa jugak beli Blackberry (bukan buah) guna duit sendiri.

Da lama aku tinggal kan alam business sebab busy (read LAZY). So tahun 2012 ni, aku rasa, i gotta do something! Cewah. Banyak sebenarnya yang aku plan, tapi tulah sebab busy *cough* makanya, apa yang dirancang tu tinggal perancangan jela. Tak jadi apa pun. Kena rajin + bersungguh-sungguh sikit je nak realisasikan benda ni semua. Harap nya semua perancangan ni akan menjadi kenyataan, dengan izin-Nya.

Tapi takleh la nak reveal lagi, apa plan aku, nanti kang, gebang je lebih, tapi tak jadi. Kang yang malu, aku jugak. Hahaha. Korang berdoa lah menjadi ye.




supikgf: semoga umur Mek diperpanjang sehingga saat itu

Tuesday, January 3, 2012

02012012

"we gotta do something silly now, so we have something to laugh about in future"
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, January 1, 2012

HNY

Berdentum-dentum dengar bunyi bunga api dari pukul 7 malam lagi, ni baru habis. Takut pon ada, rasa cam dekat gegile bunyi. Btw, Happy New Year to all. Semoga tahun baru ini kita semua akan menjadi insan yang lebih baik dari semua segi.

Kepada kawan-kawan yang jaga/on call kat ugd/emergency malam ni, sure havoc kan? hahaha


supikgf: celebrate new year depan laptop dengan yong hwa dan park shin hye ;)
Published with Blogger-droid v1.7.4
 

© 2009 sunex. Powered by Blogger
Design by eJoee BlogsTricks