Tuesday, November 23, 2010

once upon a time...

Aku baru tau ada citer katun lama yang diperbaharui kuar, Rapunzel diberi tajuk Tangled. Aku suka Rapunzel. Kalu nak compare dengan princess-princess Disney yang lain seperti Cinderella, Snow White or Princess Jasmine, aku suka Rapunzel sebab rambut dia. Boleh tak?

Tapi aku tengok iklan kat tv tadi, cam kali ni lain sikit, not the typical fairytale story. Yelah, kalu asik same je, mesti la orang bosan, balik-nalik jalan cerita sama je, so this time cam kasi twist sikit la kan. Apa-apa pun, kalu nak tau camne jalan cerita meh la kita sama-sama mendownload. More pasal movie ni leh usha kat sini.

Bila cakap pasal Rapunzel ni, aku teringat 5 years back, masa tuh aku form 5. Oh, bukan nak citer pasal SPM, even sekarang musim SPM. Kisahnya begini...

Time aku kat mrsm dulu, Biro Puteri (ke biro apa?) kitorang wat Hari Puteri, actually ni cam annual activity untuk pelajar perempuan sahaja, obviously Hari Puteri kut. So, satu hari ni, satu hall mrsm kitorang di-cover oleh kertas surat khabar untuk mengelak pelajar-pelajar lelaki yang hormon tengah menggelegak time tuh mengintai, apakah yang kitorang wat dalam tu?

So, sebab da cover, maka kami semua leh bebas nak freehair or nak pakai papa sekali pun, time ni la kan kau nak sarung mini skirt ngan bra je lam tuh, haha. Ops, itu bukan aku yang pasti. And ada la severals activities dan pertandingan. Pendekkan cerita, salah satunya tu, macam fashion show/catwalk lah konon, last year senior kitorang wat bridal theme, so kitorang (bukan aku, ajk lah) wat tema fairytale.

Adakah aku da cakap pertandingan ni hanya leh di-join oleh senior? Ye, memang diskriminasi. Huahuahua. Tahun lepas (2004) melopong je kan tengok senior, tahun ni kita balas dendam, kasi keluar semua. Juniors masuk part-part kurang best and performance cukup lah. Tak leh kasi lebih, kang pijak kepala.

Sebab theme nya adalah fairytale, maka budak-budak class aku pilih Rapunzel. So, nak kena adalah pulak model nya kan, mula-mula budak paling cun class aku, Iss yang jadi, pastu tetiba ntah mimpi apa, diorang suh aku jadi dengan alasan aku tak berapa malu nak wat gaya-gaya. Aiseh, kecewa tul, ingat terpilih sebab cun, hahaha. Lempang diri sendiri.

Oh, syaratnya kau kena buat dress tuh dengan barang-barang yang ada kat asrama. Ada satu class ni siap sewa kauuu, memang cun lah, dress dan tuannya, namun sebab tak penuhi syarat, tak menang. Siapa menang? Sat lah

Bahan-bahan dress Rapunzel aku

  1. Tudung putih
  2. Tudung putih lagi
  3. Tudung putih lagi?
  4. Ye, Tudung putih lagi
  5. Kesimpulannya, ntah berapa helai tudung putih sampai jadi bahagian skirt dress aku, kudos to momok dan neeto dan juga dak class aku yang sangat geliga otaknya
  6. Suar pendek aku wat tido (selit dan pin je tudung kat suar, bijak bukan?)
  7. Singlet putih sebagai top
  8. Beberapa helai tudung hitam yang digulung untuk jadi rambut Rapunzel (aku tau dia blonde, tapi ni kan versi melayu)

Hasil tangan girls 5 Jahiz 05, maka siaplah dress aku yang dirancang pagi pertandingan tu jugak, dala tuan puteri bangun lambat, kesian designer berasap je tunggu tuan puteri bersiram segala.

Opkos la tak pakai dari asrama, kau gila, pakai camtu pastu jalan rentas padang nak gi hall, mau keluar semua bijik mata pelajar lelaki mrsm aku. So, bersiap-siaplah dalam hall, ala, cam model catwalk la kan, main bukak je baju. Exagerate. Da siap pakai dress hostel-made, make up pulak. Zaman dulu-dulu bukan macam sekarang make kit aja da 3 kan, dulu lip bam je tuh pon nasib ada. Apa lagi, junior kat sebelah elok je kan pegang alat mekap, bak sini kau, aku nak guna. Time ni la kita guna power sebagai senior.

Make up kurang lebih, ntah apa rupa aku tak tau, langsung da nak start da ni. Pastu yang tak tahan nya, lepas catwalk and tengah berbaris atas stage (ala-ala Miss World) aku tak perasan pon salah satu tudung (yang jadi dress aku) da tercabut, kelam kabut la designer kan., oter time tu jugak. Seb baik aku pakai short kat dalam, takde la jadi swimsuit session tak pasal-pasal kan.

Setiap fairytale mesti la Happy Ending kan, begitulah juga kisal Rapunzel aku, sebab aku menang! Yeay! Sambil mengibas-ngibas rambut tanda bangga.


Tapi untuk orang lain, tak happy ending la.


sebijik camni ha rambut (dibuat dari tudung) aku time tu cuma kaler hitam


Oh, gamba?

Maap la, bukan taknak upload, tapi memang takde gamba, time tu guna handpon 3310 je pon, tang mana la nak snap kan, ada la sorang member tolong ambikkan, sekeping, aku pernah mintak dengan dia time kat matrix dulu, dia sent kat email zaman hingusan. Patu sekarang ni aku lupe email aku tuh, aku Cuma ingat password je. Aneh kan aku? Orang selalu lupe password, aku lak ingat password je sebab password aku memang terbaik lah. Tengah crush ngan senior la katakan, apa lagi, jadi sumber inspirasi la, walaupun si dia tengah berpunya ketika itu. Tapi aku tak tahu so boleh dimaafkan. Oh, tak gediknya.

Lepas-lepas tu aku ada try tanya lagi, dia pon da lupe da ada kat mana, uh, keciwa lagi.

Time acara bagi-bagi hadiah, memang da tersebar gosip yang aku menang (keputusan dirahsiakan sampai hari dapat hadiah), tapi member aku ajk, beliau lah yang cakap aku menang, so tak terkejut sangat la time dapat hadiah tu. Aku ngan geng aku duk belakang sekali dalam dewan time tu, pastu time nak ambik hadiah, mula la menyesal sebab jauh pulak aku nak kena berjalan kan dan pelajar lelaki yang tak tahu apa-apa cam bingung,

Siapa la minah ni?

Apsal dia lak yang menang?

Aku tak pernah tengok pon dia ni?


Ya, saya invisible di sekolah dulu. Lagi sedih, Cikgu Shikin (sekarang merangkap future mother in law) tak ingat pon bahwa beliau yang menyampaikan hadiah tersebut kepada ku. Sah-sah la kan. Hahaha. Bukannya aku sorang je yang Mommy bagi hadiah sepanjang hidup beliau kan.

Then, petang tu jugak aku call si dia, anak Cikgu Shikin (sekarang da memang jadi laki aku pon) bagitau aku menang, apa motif tak tahu? Member blur2 je kan pening, layankan jela, kan B kan? Mesti wat-wat layan je time tu, kalau dapat 4.00 je jugak nak excited semacam.

Supikgf: password sekarang aku da tukar, takyah la korang nak try-try

 

© 2009 sunex. Powered by Blogger
Design by eJoee BlogsTricks