Saturday, November 27, 2010

not ordinary Saturday

Hari sabtu ni lah nak belasah tido sampai tengahari kan, da penat (lah sangat) ke class dan study (konon) dari isnin sampai la jumaat. Umi aku dulu kalu aku bangun tengahari dia akan cakap

"bangun-bangun lah, orang naik bulan pon da balik ni"

Exaggerate je umi aku. Ingat pergi bulan pukul 6 pagi, pukul 12 da sampai bumi balik. Sebab aku tau itu tak mungkin maka, kata-kata beliau tidak ada kesan, sambung layan setan bergayut kat mata sampai rasa-rasa lapar. Baru bangun cari makanan.

Kadang-kadang jela, ntah mimpi apa malam tu, aku bangun awal. (Padahal kena paksa hanta adik gi sekolah ke or ada pape nak buat pagi-pagi)

Kalau gaya abah aku kejut, gini pulak, nak-nak kalu baru balik cuti dari asrama kan, tido memang tak ingat dunia dah.

"Puteri Santubong, Puteri Sejenjang tak nak bangun lagi ke?"

Aku suka. Aku suka.

Pagi-pagi lagi da ada orang panggil kau puteri kan. Hahaha.

Puteri Santubong = aku
Puteri Sejenjang = kakak aku

Kenapa Puteri Santubong dengan Puteri Sejenjang? Aku pon tak tahu. Nak kata sebab duk Sarawak, tak.

Maybe if nak sebut 'Cik Siti Wan Kembang', panjangggggggg kali.

Dan Cik Siti Wan Kembang takda adik beradik lain, jadi tak sesuai untuk aku dan kakak aku.

Jadi hari ni, tak macam hari-hari lain (usually aku landing je atas katil, nak bergerak pon malas).
Tapi sebab aku rasa bilik aku da macam kapal pecah, maka aku tiba-tiba dapat mood rajin mengemas segala siap mengemop!

Mop okay. Pelik lah untuk orang malas cam aku, maybe biasa untuk anda-anda yang memang rajin mengemop lantai setiap hari.

Pastu hari ni menu ikan bawal pedas dengan kacang buncis goreng. Lunch la konon, padahal makan da nak pukul 3.30 (waktu Malaysia).

Dan hari ini, tengah makan dapat gossip yang mengejutkan sekali lagi, tapi terkejut sangat actually sebab memang da expected da.


tak kuasa aku nak tido pakai dress, makeup, wat rambut cecantik segala



supikgf: jadi ke tak plan ni?

1 comments:

Anonymous said...

puteri santubong! stadi2! hahaha

 

© 2009 sunex. Powered by Blogger
Design by eJoee BlogsTricks