Tuesday, October 12, 2010

cak!

Fuhhhhhhhhh.

Tiup debu-debu dulu, da berkurun tak blogging ni. Last sebelum SOCA hari tu, mid August kan? Sekarang da October, almost 2 months jugak la.

Sekali imbas jela, benda2 yang happened during the last 2 months,

1. Alhamdulillah, SOCA lulus, sekarang ni da masuk part KKD (aku lupa aka tak tahu stand for ape)
2. Balik cuti raya, 3 minggu, lama compared to before and might be the last cuti raya yang boleh balik, InsyaAllah kalu takdak aral melintang, tahun depan raya kat hospital.
3. Balik umah, eventho rumah baru tak fully siap, abah decided to move in gak before raya, aku tolong yang nama boleh je.
4. Bedal baju raya adik aku lagi sebab tahun ni pon baju raya tak siap jugak, padahal aku da hantar dari bulan 3. Melampau betul tailor ni. Panas hati aku. Padahal ni da tailor lain, apsal semua nak boikot baju raya aku?
5. Najwa (niece) da mula belajar berjalan, 2-3 hari before datang sini balik, da fully berjalan, time raya tu, paling banyak 5 langkah pastu jatuh.
6. Da abes stase mikrobiologi, parasit dan patologi klinik (KKD).


time stase mikrob/parasit/pk, tengah tengok menatang pe de lam tinja orang nih

Sekarang ni stase Pediatrik, yang memerlukan kerajinan tahap tinggi untuk membaca dan menghafal setiap hari which is not me, memang mampus. Doktor tanya mula lah gelabah, tergagap, merekacipta jawaban, sila jangan tiru attitude ini okay. Kalu tak, awal2 lagi takyah la ambik medic, tak seronok.

Hari ni, 2nd day stase Pediatrik, sesi petang yang amat memenatkan dan aku tersangatlah malas kalu da petang2 ni otak nak kena jugak bekerja, jadi tak berapa nak optimal (alasan sungguh, bajet pagi optimal la sangat).

Bayangkan jela, duduk atas kusi tak gerak2 selama 4 jam mengadap Doktor kat depan, maka tak boleh nak buat benda2 pelik, time class dulu boleh la, julur kaki ke, gerak2 kepala, gerak2 badan nak hilang lenguh. Ni statik je, paling2 pon, kalu da lenguh sangat, gerak la sikit, slow2.

Hari ni, dapat Dr. Rudy untuk AP (anamnesis dan oemeriksaan fisik) secara umum. Ok la untuk orang masuk tak berapa nak baca dulu macam aku ni, Dr tanya yang biasa2 boleh lagi la, yang details2 haram lah. Tak sempat aku nak baca semua. So, bila dia da tanya time bincang2 tu aku ingat dia da nilai la, sekali da abes semua,

"okay, saya bagi 15menit, kamu baca, ntar test ya", Dr. Rudy

Semua muka shock da. Bukan shock anafilaktik or hipovolemik ni, shock terkejut je. Sorang dak groupmate aku ni, cam PD (percaya diri/confidence) la, sebab dia da baca dulu (bagus, sila contohi dia), so tinggal ingat2 je balik. Aku tak terkejar la nak baca semua.

Hasilnya, tertinggal 1 point time anamnesis. Aisey. Tapi seb bek tak semua, kalu tak mau lagi banyak aku tak dapat jawab.

Balik2 da nak malam, begitulah kisah sesi petang. Dan berlapar seharian sebab tak makan pape sejak pagi.

Okay, aku da penat. Before tu, enjoy la video yang tak berapa siap lagi ni untuk saje2. Tak siap sebab aku takdak idea nak letak lagu pe yang sesuai, any idea?






supikgf: larat ke nak hafal ni? ke tido dulu

0 comments:

 

© 2009 sunex. Powered by Blogger
Design by eJoee BlogsTricks