Sunday, May 2, 2010

Si penat yang malang

Al-kisah, ceruta bermula pada suatu pagi yang hening eh tak, matahari da terpacat kat atas kepala. Suatu pagi yang panas terik lagi sesuai, maka ke Tnabang lah kaki di tuju. Nak pegi beli barang sikit untuk bisnis, haa, sapa-sapa yang tak beli lagi tuh, sila nengok blog nih http://fashion-pills.blogspot.com/ ye. Raya da tak lama, baik beli sekarang.

Berjalan lah ke sana sini, belok kiri dan kanan, naik turun eskalator (macam pelik pulak ejaan, ah, janji paham). Sepuluh jam di sana. Ye, sepuluh jam!

Balik penat, kaki lenguh, rasa nak cabut je. Nak jalan pegi makan pun rasa malas, tapi terpaksa, perut minta diisi, konon macam parktis untuk konsert da duk nyanyi-nyanyi.

Nak masak malangnya, gas abes. Sejak hari jumaat. Tak sempat beli lagi. Hari ini, hari Ahad, kedai gas tutup. Tak dapat beli gas, tak dapat masak, tak dapat makan. Kredit abes, tak boleh nak call suh anta makanan, duit kering, tak dapat nak topup. Kaki lenguh....

Si penat yang malang ni, hayunkan juga langkah ke Hepi!

0 comments:

 

© 2009 sunex. Powered by Blogger
Design by eJoee BlogsTricks