Tuesday, April 27, 2010

im from KAMPUNG and PROUD of it

Ye, im budak kampung, and its nothing wrong bout it.

I do have kind of insecure about it during my early teens, biasalah, konflik masa perkembangan. Da kata remaja, there were too many things changing from head to toe and also the inside and outside at that time.

Grew up as a kampung's girl is totally different from 'Budak KL' (istilah mencerminkan budak bandar). Yelah, we aint have any large, one stop center shopping mall, sky-high buildings, kiri kanan depan belakang menghijau je, KFC, McD? usah kata nak makan, hidu pon tak bau.

Merayu-rayu setengah mati, sambil air mata, hingus semua meleleh, or suruh anak-anak kesayangan pujuk my abah dapat la. Or, abah cakap nak g KB. Horray, semua excited, nasib malang if abah cakap nak benti makan Nasi Lemak Puyuh fave die. Gigit jari jela instead of sedap hingga menjilat jari. Ouch. Plus, abah tak makan ayam yang tak berapa nak masak cam KFC tuh, kena garing, peringkat sikit lagi nak hangit tu, baru he can tolerate eating ayam.

Maybe sebab mak abah, my grandma aka Mek, memang tak makan ayam, sebab ayam kan omnivor, makan cacing semua. So, Mek rasa cam makan cacing sekali. Tapi me and my umi, others too, suka bohong sunat cakap tak letak ayam if masak nasi goreng or mee goreng. Nanti abes jugak Mek makan. See, psikology factors je tak makan ayam.

Da pasal ayam. Eventho, we all membesar tanpa benda-benda gah seperti Budak KL, we have our own things to proud of. Balik sekolah, lencong sekejap ke sungai belakang umah, disitulah me and my friends berlatih swimming. Baju tak apa, umah my friend 10 langkah je dari sungai tu, pinjam jela, tak pon memang da ada baju spare.

Time ni tak mandi bogel da, sungai kot, kang masuk benda-benda tak patut dalam tut, sape susah? Kalu nak mandi bogel, kolah Mek akan menjadi mangsa, lebih-lebih lagi time semua cousins balik. Kolah yang besar ala-ala pool tuh, memang tempat favret kami berbogel. Mek dengan pasrahnya, terpaksa cuci and salin balik air after tu. Demi cucu.

*kisah berbogel tuh da berbelas tahun lampau ye

Sape pernah gi memancing? Sure ramai kan, tapi sape yang pernah memancing kat longkang guna tali talsi and cangkuk kail je? Umpan, cacing belakang umah. Walaupun tak makan, sonok memancing kat longkang ni, sebab ikan-ikan kat situ semua kelaparan, letak je, dapat, letak je dapat. Nikmat. Modal pon jimat.

Part pegi dusun/kebun memang part paling best. As my grandparents from both side kaya-raya dengan dusun-dusun nih (mereka la yang kaya, cucu tidak), makan buah-buahan adalah heaven! Sebut saja (time musim buah la ye, agak-agak nak mengidam pon), sat gi abah keluarkan parang, guni, spray baygon, kasut boot getah tuh, jom! Kita gi ambik. Seyes ni best dari setakat g giant or tesco, tolak troli, ambik, bayar.

Pokok durian kat bahagian dalammmmm ngat, lalu estate getah lu, pastu kena jalan kaki pulak as kete tak leh lalu da, pacat lintah da macam adik beradik ngan kami, imun da, if ada yang terjerit-jerit nampak pacat tuh, mu cousin yang baru balik dari KL la tuh. Nak ikut sangat. Heee.
Pastu berlumba sape dapat cari durian paling banyak, tapi hati-hati, kepala anda mungkin kena hempap dengan durian time misi pencarian tu. Alhamdulillah, setakat ni, tak pernah kena.

Pokok duku ngan langsat sebelah tu, tapi sampai sekarang still kagum ngan abah, camne die boleh ingat sempadan ngan kebun orang lain, pernah nak terambil yang orang lain, abah cakap 'eh, tu bukan yang kita'. Padahal cam dalam kawasan lebih kurang je. Pening. Sebab pokok duku ngan langsat xde branches sangat, abah jela panjat sorang2, kami tunggu kat bawah, sambil makan. Fresh dari pokok.

Ha, pokok, rambutan, tempat lain pula, tak lalu estate getah, lalu kubur. Ooo, seram! Depan kubur plak tu, pokok tu tepi jalan je, if lalu nampak je merah buah rambutan. Mencabar orang setempat untuk me-ngap sebiji dua tanpa izin. Takpe, sedekah. Nanti abah da panjat and tebang branches pokok rambutan, kami akan heret guni, pluck rambutan masuk guni. Senang, kalu nak kait 1-1 sampai esok tak abes. Dont worry, nanti tumbuh branches lain.

Kalu nak manggis, ala-ala explore race sikit. Kat tempat sama ngan pokok rambutan tadi, tapi kena masuk lagi. Merentas sawah padi. Pastu cabaran paling gerun adalah meniti papan, ye, papan, singular, kat longkang tali air (untuk mengairi sawah). Ya Allah, kecik je lebar nye, dala 1 je, macam meniti Sirratulmustaqim pulak, aish. Biasanya, memang banyak masa abes terbuang kat sini, sebab abah kena angkut kami sorang-sorang. Demi anak-anak.

Agak bangga sebab dapat merasa and tengok sawah padi (walaupun tak ada apa yang perlu dibanggakan), tapi pelik, ada orang tu duk negeri Jelapang Padi, but claimed himself tak pernah tengok sawah.

Bayangkan odw balik dengan guni buah manggis sekali. Tapi tak apa, sebab pokok manggis kami semua yang panjat, hehe. Abah leh rehat da, kami suka panjat pokok manggis, tapi ada la mangsa yang kena kutip buah kat bawah, kalu jatuh masuk dalam sawah, dengan penuh bersemangat waja, masuk la dalam sawah tu. Makan atas pokok sambil menunjuk-nunjuk kepada manusia yang berada di bawah adalah wajib. Plus kalau jumpa yang besar.

Oh, sebelum masuk any kebun, kaki spray ngn baygon dulu, untuk elak pacat, lintah serta nyamuk. Siap bawak ubat nyamuk yang lingkar-lingkar tuh lagi.

Cempedak ngan nangka jarang ikut gi kutip, selalu balik umah Mek, tengok-tengok da ada. Makan saja. Kalu malas nak gi kebun, belakang umah Mek ada mini kebun, ada pokok rambutan, duku dan langsat, salak yang tak berbuah lagi time tuh, pokok nenas, pokok betik dan pokok cili. Haha. Tak dilupa reban ayam.

Ha, dulu, kalau nak tengok harimau, tak perlu g Zoo, masuk je estate getah nanti sure jumpa. Dulu selalu glemer sebab jumpa harimau, sampai g mrsm Gerik pastu pon, cikgu2 selalu nyakat, 'belakang umah awak ada harimau eh?'

Tak cikgu, tapi kalau cikgu nak tengok, saya boleh tolong tunjukkan jalan, kalu cikgu tak balik-balik da pastu, kompom, cikgu da jumpa.

Tapi aktiviti tangkap ayam (time raya bisanya) selalu menghampakan. Tak pernah dapat tangkap, kene kejar balik ngan ayam ada la. Yela, da sape suh tangkap ayam siang-siang. Tak pernah dibuat orang, abah cakap, if nak tangkap ayam kena waktu malam. Time ayam da tidur, ayam kat umah Mek tidur atas pokok jambu depan umah walaupun ada reban. Nanti, ala-ala menjala ikan, trap ayam dalam jala dan da dapat la. Sebab ayam rabun malam, tak nampak la kita nak tangkap die. Haha. Tapi kami still test power sambil senaman mengeluarkan peluh, try tangkap ayam siang hari, sampai ikut sekali if ayam lari bawah umah.

Tapi kami tak suka makan ayam kampung, kecik dan liat, kalu ayam bandar sedap dan gemok-gemok kene suntik. Eh, lain macam pulak cakap pasal ayam bandar ngan kampung ni. Haih.

Teringat pokok jambu depan umah Mek, sekarang da kena tebang, sebab nak tambah space parking kete. If dulu, selalu berkelah bawah pokok jambu. Sedapnya. Mek tebang tak mintak pandangan kami pon, tak demokrasi! Kami sayang pokok tu.

Da panjang meleret mengenang zaman kanak-kanak ni. Kang juling mata nak baca, baik stop dulu.

Eh, kisah ngan umah Mektok (mak umi) belum. Nanti lah.



supikgf: zaman kanak-kanak memang menyeronokkan, kan?

2 comments:

NaNi said...

omigosh!!! aku pn budak kampung jugak!! seronok weh zaman kekecik kita kan. tak mcm skg..

aku pn memancing gak dlu. kalo dpt sekor ikan tuh pehhh seronok tak terkira kay. walopon yg dpt hanyalah ikan haruan kecik. pn jadikkk..

ni yg aku pn nk cerita gak zaman kanak2 aku

supikgf said...

tau xpe, skrg balik kampung pon xsempat da g dusun2 semua, pokok da kena tebang..huhu

memanjing if dapat ikan mmg nikmat, xdapat, mmg rasa nak sepak je orang, haha

citer ah weh =p

 

© 2009 sunex. Powered by Blogger
Design by eJoee BlogsTricks